Posts

Showing posts from August, 2011

Kepelikan

Image
Kadang-kadang aku pelik dengan segelintir orang yang sanggup lupakan keluarga, sanggup lupakan ibu bapa hanya kerana menjaga harga diri atau malu? Kenapa tidak dihadapi dunia dengan tangan dan hati yang terbuka? Kadang-kadang juga aku berasa sedih dengan perasaan ini. Perasaan kurang dan tidak mampu. Tapi aku juga ingin hadapi dunia. Aku akan lakukan yang termampu dan buat yang terbaik. Aku tidak akan sembunyi dari hidup. Ya aku sakit hati dengan kamu, kamu yang buay aku sakit hati kerana tidak menghadapi hidup kamu tapi hanya tahu bersembunyi dan membiarkan orang yang sepatutnya dibahagiakan bertambah sedih. Aku sakit tengok kamu kenapa tidak tersenyum dan hadapi semua...???? *sekadar gambar hiasan - Posted using BlogPress

Hari yang mandom

aku sangat mandom hari ni mulut kelu tidak dapat senyum. otak juga tidak dapat berfikir dengab jelas. entah jin apa yang masuk dalam badan ni kan? kan? tetap nak salahkan jin. kesian jin kan? mentang mentang setan berehat. jin pulok yang kena sedangkan diri yang emo. owh yang aku dah tidur.. semalam pun aku lambat tido. tapi tadi tengah hari aku tido dari jam 10 hingga 1. cukup dah tidur rasanya. aku hari ni pon nak marah je. semua pun tak betul di hati aku. ntah kenapa. pelik kan?  aku laparkah? aku bukan lapar dahaga pun tidak.. aku just emo... Sent from my iPhone

Mengantuk.. Ramdhan ke-10

Image
Aku Kira kononnya mahu buat entry makanan setiap hari. Tapi Aku malas dowh. Hahaha. Dahla makanan tidak sedap kan. Aku nak cerita pasal kekurangan tidur aku ni. Kenapa aku tidak boleh tidur? Semalam aku langsung tidak boleh tidur.. Sampai sekarang ni. Aku tidur semalam dekat jam 3. Lepas tu terbangun dalam jam 7 pagi.. Lepas tu.. Rasa mengantuk gila. Jam 11 pagi try mahu tidur. tetaaap terkebil2.. Tidak dapat tidur.. Sampai sekarang ni. Aku kenapah???? Aku mahu tidur *nanges Banyak pose dah aku tidur.. Pose begini pun sudah.. Tetap tidak boleh owh.. Aku nak tidur beginiiiii - Posted using BlogPress

Ramadhan ke-7

Image
Ini juadah berbuka yang mampu membuka selera. Hohoho Yang paling Best makanan apa? Of course ikan steam tu.. : ) Sent from my iPhone

Random

Image
Testing :) Sent from my iPhone

Ramadhan ke -6

hari ni tidur petang.. bangun-bangun dah jam 6 petang. begegas menyiapkan apa yang patut untuk berbuka puasa. gambar tidak sempat nak snap.. tapi syukurla nak ada makan.. nasi daging masak kicap tempoyak betik air pisang hah tu je la.. cukup la kan. lepas tuhh kenyang giler.. pas ni nak dietla.. tak nak makan sehari seminggu.. haha.. (konon) tadi petang tu ada mimpi ngeri lagi,, mengenai kisah seram  dan hantu di kampung .. aiyoo nasib terbangun dia ianya hanyalah mimpi.. kthxbye hahaha

Ramadhan ke - 5

Image
hari ni hari aku semangat nak makan.. macam semua pun nak makan. tapi bersabar jugakla.. makan apa yang ada. kalau terlebih makan kang jadi apam.. mengembang sajork muka.. awal2 tu memang dah peram daging dengan sauce ni..  rasanya memang sedap.. lebih lebih kalau dah semalaman di peram. aku nak beli daging lembu sebenarnya. tapi terbeli kerbau. tak apalah.. yang penting tak keras dan sedap.. sauce kraft ni sedap.. dia ada banyak flavor. yang ni boleh try.. not bad...  ini time masakla.. itu juice keluar.. masak atas non stick pan pon okey.. bila dah rasa dia masak nanti.. bolehla matikan api.. tapi jangan masak terlalu lama. nanti dia jadi keras.. masak sedang2 sajork pun sedap... selain makan tu. ada juga sup, saderi goreng dan kuih muih.. sedappp.. tu yang kuih tu nama dia apa ah lupa dowh.. *koma.. sedappp tu.. inilah makanan berbuka.. sedap juga dan kenyang terlebih.. aiyooo

Ramadhan ke 4

Image
Hari ni bercadang beli makanan di luar sajalah. Sebab kurang pasti mahu makan apa. Lagipun teringin nak makan nasik katok Tahu apa itu nasik katok? Nasi ni macam biasa, nasi, ayam goreng dan sambal. Sambal yang sedap, tahai, pedas banyak lagi. Di brunei ni syurga sambal. Di sabah dan sarawak ada juga yang jual nasik katok, tapi tidak sesedap di Brunei ini. Kenapa? Sebab nasi lah.. Nasi sini beras wangi.. So makanan ni yummy. Kalau beras biasa memang tak sesuai tuh! Selain tu sambal juga kena umphhh. Kenapa dinamakan nasi katok? Katok ni dalam bahasa melayu ketuk la. Mengikut cerita , nasi begini dahulu dijual secara kecil kecilan. So if nak beli kena ketuk rumah orang yang jual tu. Itulah namanya nasik katok. Ini aku yang tengah makan. Selain itu juga aku beli cendol laaa Kenyangggg.. - Posted using BlogPress

Ramadhan ke - 3

Image
Resipi minuman exotic ... Air kausar.. exotic la sangat kan...  Baiklah tuan ketua, puan ketua, orang tua, puan-puan,cik-cik, adik kakak,adik manis , etc hari ini saya akan  menyediakan satu lagi resipi yang pelik..  resipi ini bolehlah dicuba ketika bulan ramdhan ini untuk acara buang panas dalam badan dan juga untuk penggemar di luar sana yang inginkan kelainan dari segi citarasa dan memerlukan keunikan untuk memenuhi nafsu...makan.. Adapun resipi ini tidak sehebat mana, cuma minuman ini ialah minuman tradisi bagi masyarakat di sini. Antara bahan-bahan yang di perlukan ialah 1. daun pandan ( lagi banyak lagi bagus, tapi janganlah overrr) 2. Biji jintan selasih 3. Susu sejat F&N.. Ideal laggggiii bagus (ikut kemahuan sendiri) 4. Perisa pisang 5. secubit garam (untuk menambah rasa lemak) 6. Gula (secukup rasa) Mula- mula.. cuci biji jintan manis tu ya adik-adik manis.. jangan cuci macam cuci beras... cuci dia cara begini, sebab nanti dia kembang.. hah! c...

Evian

Image
Tahu apa benda ni? Ini penyegar muka dan pelembab spray. Sangat baik sigunakan selepas bermake up. Setelah habis make up muka, bolehla sembur di muka untuk membuatkan make up tahan lama. Selain itu, ianya juga membuatkan muka yang kusam menjadi segar serta merta. Bagi yang selalu mengantuk tengah hari tu bolehla beli dan sembur di muka. Nescaya segarrrr So bolehla beli di kedai berdekatan andaaaaa - Posted using BlogPress

Ramadhan ke-2

Image
Hari ni hari yang panas.. Sangat panas.. So kuatkan hati menahan sajalah.. Tapi syukurlah puasa sampai dengan sempurna. Amin. Makan apa hari ni? Aku makan? Kacang buncis masak goreng gorengan. Lepas tu makan sayur sader+peria. Then ikan bakar Malam ni aku excited sebab aku nak buat air al-kausar yang sedap.. - Posted using BlogPress

ramadhan hari-1

Hari ini hari permulaan bagi bulan ramadhan di bumi Brunei yang indah ini. Memang terkejutla lewat sehari sebab kan Brunei di terletak di celah dua negeri Sabah danSsarawak yang mana dah pun berpuasa semalam. memang sesuatu yang jarang berlaku puasa mengikut kalender biasa.. 1 August = 1 Aamadhan. jarang kan tarikh bermula begini?. apa pun syukur dah berpuasa hari ni walaupun tiada apa yang menarik di dunia kecil Brunei ini. Makan apa hari ni?.. aku makan kebab. oklah tu . nanti besok2 boleh masak. Apa yang menarik hari ni ialah cuti umum. setiap satu ramadhan di Brunei , diisytiharkan cuti. menarik kan? sempena menghormati permulaan bulan yang mulia ini. Hari ini juga jalan raya dan restoran yang selalu penuh menjadi sangatla lengang. Mungkin semua berpakat untuk berbuka di kediaman masing-masing. apa pun semoga puasa hari ni beroleh berkat. Amin