Posts

Showing posts from June, 2012

Minum dihari panas

Image
Ini minuman hari panas, lepas kita minum badan rasa segar, sejuk rasa. Seyes. Ini 350ml. Harga sedollar. Sangat refreshing! Sangat2.

Buku lagi

Image
Aku tengah baca buku ni. Ini 2nd book. Yang awal aku dah baca. Ini baru nak mula. Citer buku remaja. Oklah, different dari cerita yang selalu aku baca. Dulu aku pernah gila dengan novel bersiri dark house. Semua 8 buku aku baca. Tapi tu pasal vampire. Yang ni angel. Angel dia jahat. Feed dari human. Amik energy human, so human akan gila, berpenyakit, etc. Budak ni half human and angel. Dikatakan dia yang akan menghalang angel3 ni semua. Aku tak tahu lagi citer seterusnya. Aku belum habis baca, aku sambung duluk!

Istimewanya Brunei #2

Image
Di Brunei ni memang banyak makanan yang sedap-sedap terutamanya sambal. Sambal pelbagai jenis boleh dibeli di mana2 sahaja. dah memang sedap ye , sangat sedap. Oleh sebab tukaran matawang yang berbeza juga tinggi. Semua makanan di sini boleh dianggap mahal masyaAllah. Bagi orang Brunei murahlah kan. Tapi.. Ya tapi.. di sini ada makanan yang di panggil NASI KATOK. aku rasa makanan ini hanya ada di Brunei ni. Mengikut cerita kawan aku yang dah tinggal di Brunei ni lebih 12 tahun, Nasi KAtok ni dipanggil sebegini rupa sebab dulu kalau kita nak beli, kita kena ketuk rumah tu. Hanya sebuah rumah sahaja yang menjual nasi sebegini dikala itu. Dahla orang tu tinggal di barek JPD. Lepas tu, lama-kelamaan baru di komersialkan di semua tempat. Yang menariknya Nasi ni, Nasi dan sambalnya. Nasinya beras wangi ye , dan juga sambalnya super lazat. aku amik di google, harga nasi ni.. B$1:00 sahaja. makanan paling ekonomi, sedap dan mengenyangkan. Kita tak kan bosan dengan makanan ...

Istimewanya Brunei #1

Image
Sepanjang aku hidup di tengah bandar Gadong ni selama dua tahun, eh lupa kenalkan Gadong ni apa kan.. Ceritanya, Brunei ni terbahagi kepada empat daerah, 1. Brunei-Muara, 2. Tutong 3. Temburong 4. Kuala Belait. iya itu sahaja bahagian dalam negara brunei ni. tak de lain. so pusat pemerintahan di Daerah Brunei-Muara. Bandar Seri begawan nama dia, BSB ni pula dalam dia ada banyak kelompok kawasan membangun seperti batu 1 (bandar sebenar), kiulap, Gadong.  so Gadong ni originally bukanlah membangun seperti Batu 1 tu, tapi sekarang Gadong ialah tempat tumpuan seluruh warga Brunei sebab disinilah terletaknya pusat membeli belah terbesar, hotel, kedai2 terkenal etc. dan keadaan Gadong ini lebih membangun. tahukah itu pendahuluan sahaja.. aku nak cerita keistimewaan Brunei kan, oleh sebab Gadong ni Femes Amos sangat, so kereta tu banyak gila, kesesakan lalu lintas pun hai tak payah cakaplah.. TAPI.. terima kasih kepada sistem lintasan zebra ini. pejalan kaki ada...

Teringin

Image
Bolehkah aku nak benda ni.. Sangat best okeh... :( aku nak yang bulat ni. Sangat ohsem. Cuba bayangkan aku letak iphone sana sambil tutup2 mata dengar musik. Best kannn?.. Macamla tak boleh guna earpiece kan:(

Cute

Image
Cute kann?? Nak makan pun sedih. Tapi aku makan juga. Hahaha sebab sedap ler. Aku teringin nak ada kepakaran buat macam ni. Cute sangat tapi tangan aku keji. Sangat tak de ciri2 kesenian. Major failure. Owh hari isnin ni cuti . Aku ingat nak ke labuan tapi.. Ermmm. Macam malas juga. Kalau aku ke labuan, terlepaslah inikigayo . Hiks Aku fikirlah balik.. Sok jalan isnin balik pun cool kannn. :) Sent from my iPhone

Air

Rumah aku tak de air. Dah 24 jam. Harap beli air dan mandi di hotel berdekatan. Diharap pihak yang bertanggungjawab janganlah suka buat begini. Dahlah di pusat badar. Suka je potong air. Haih! Sent from my iPhone

membersihkan rumah

Image
aku baru siap ni dari membersihkan rumah.. selalu kalau aku bersihkan rumah aku akan sapu, then mop, susun2 tu tak sangat,.. yang penting bersih dan wangi.. terutama dapur tu.. dan juga tandas. setiap hari ahad sebenarnya nak bersihkan rumah ni tapi malam ni aku terlebih bosan , aku buatla, lagipun dah sihat sangat. so berpeluh malam pun best juga supaya tidur nyenyak. mula-mula aku bersihkan dapur.. sekarang dapur dah berkilat, boleh masak2 dengan gembira. yeyyy tak percaya? tengok ni nampak lantai tu berkilat... hahaha.. owh aku guna camera phone sajork... lantai2? of kos berkilat2.. lorong2 sufi dalam rumah ni pun berkilat berkilat kan? *kagum.. ini pandangan dari bilik aku .. hujung tu dapur.. kalau aku malas kadang2 aku rasa jauh sangat nak ke dapur.. kena lalu dua bilik then tandas baru sampai.. haih.. lagi? bilik aku?... hahahhaha.. ini dari pintu.. katil aku tak amikla.. motip aku nak amik pic katil.. see lantai aku tu.. tanpa cacat cela... kip...

wonder girls Like this

Image
 aku suka lagu ni.. nak belajar menari lagu ni.. mesti kurus.. hahaha love love love wonder girls :)

Sakit

Aku muntah2 sepanjang malam ni sampai habis semua isi perut. Now rasa tidak bermaya . Nak baring tak dapat sebab pening. Kerongkong pedih.. Mata panas. Sebab demam. Nak isi perut tak da selera, so bila muntah keluar angin dan air. Sangat pedih.. Sakit kepala dan badan. Demam sangat sangat. Sent from my iPhone

aktiviti 31.05.2012

Image
brunei cuti tarikh ni sempenah hari ketenteraan,. kau mampu cuti sempena hari tentera? aku mampu. ahahahah.. so sempena cuti ni mestilah jalan-jalan kan? kebanyakan masa cuti aku habiskan dengan.. makan.. makan dan makan..haha.. ada jugaklah aku jalan2 dan tidur.. itu mesti.. so aku bangun jam 12.. lepas tu carik tutti frutti sebab teringin nak makan.. lepas makan tu... cari makanan berat lak.. hah makan ni.. antara semua ni yang sedap calamari dan air merah tu je.. yang lain hampeh.. harga semua2 ni 30 dollar.. portion chicken chop bawah sekali tu kecik bebenor.. macam berapa kali potong je habis.. menyesal makan di pasta mania ni. sangatlah tak sedap. lepas tu jalan-jalan cari expo malaysia dan brunei.. ntah expo apa.. apabila sampai laaaa jual barang2 je.. lepas tu tak de pun malaysian rasanya. semua brunei. jual baju lak tu.. kat kedai pun boleh jumpa. nasib ada di hujung ni pamera reptilia.. so aku kuatkan diri dan dara masuk ke dalam.. apa ada di dalam...