Posts

Showing posts with the label kenangan

SMK Abdul Rahim (4)-last-

tahun 2004 dan 2005 merupakan tahu yang sangat menggembirakan bagi aku di sekolah ini. Aku bertemu sahabat yang sangat baik. Sahabat yang tidak akan aku lupakan sehingga aku mati. Suri ... Dia seorang yang happy go lucky. aku kenal dia masa 2003 lagi tetapi kami tidak begitu mengenali sesama sendiri. sejak 2004 kami mula rapat. rapat kerana dia suka ketawa dan sangat peramah. setelah tahun 2005, seingat aku.. setiap kali makan di kantin, dia yang akan bayarkan makanan untuk aku. Maksud aku, setiap kali. Aku tiada duit makan masa ni. Dia yang bayar. If, dia tidak datang ke sekolah dia akan pas duit dengan sujilin supaya aku dapat makan sewaktu rehat. dahsyat kan?.. buat aku terharu.  Jeni.. Dia juga seperti suri, yang sentiasa memahami aku. berada di samping aku selalu. aku ingat lagi, aku homesick. rindu nak balik kampung. Jeni yang hulur duit suruh aku balik kampung. dia cakap kalau rindu balikla, duit tidak payah fikiir, dia boleh tolong. sedih aku kalau ingat. mereka tidak per...

Bangun Pagi

Aku sangat-sangat ada masalah bangun pagi. Aku susah nak bangun. Kadang-kadang aku rela melepaskan sesuatu yang best di waktu pagi hanya kerana aku tak nak tidur aku terganggu. Kalau aku set alarm jam 7.00 pagi, aku akan snooze sampailah jam 8.30. Terukkan?.. Aku ingat lagi masa aku ambil PMR tahun 2001.  Ada paper tu jam 9 pagi, aku dah tak ingat paper apa tapi aku susah nak di bangunkan sampai orang sebilik aku give up nak bangunkan. aku boleh cakap.. "tidak payah ambil PMR la, bukan penting pun" lepas tu tidur balik. tapi, aku bangun juga akhirnya.. lambat masuk exam la. setiap pagi begitu. Adoi la.. Bangun pagi juga menyebabkan aku sering ponteng sekolah. kami masuk di tohpuan 6.50 pagi. aku bangun tidur dekat jam 10. Macam mana tu?. so, aku masuk kelas masa rehat la ceritanya. Setiap pagi aku kena sembunyi. banyak cara, Masuk loker, pura-pura sakit, sembunyi dalam tandas terbiar di 1st floor, dan banyak lagi. Tapi kebanyakkannya aku sembunyi di dalam loker! Pern...

SMK Abdul Rahim (3)

Tahun 2004... Aku masuk lagi di Abdul rahim ni.. plan nak pergi UITM terbantut sebab masalah kewangan keluarga. Tidak apalah, mungkin bukan rezeki aku masuk sana kan. so, aku pun amik tingkatan enam di sekolah ini juga. Aku masuk kelas 6 alpha bestari. eh, inikah kelas aku?. kenapa macam kelas sains ja bunyinya?.. hahaha Kelas aku ni kelas ekonomi la.. guru kelas : cikgu sabariah (kami tidak rapat) guru angkat (adakah?) hahaha :( cikgu khuraini -fav teacher aku) guru lain juga yang selalu denda aku, cikgu ahmad dan cikgu nazri. cikgu nazri ni tidak suka aku, dia cakap aku tidak cantik. hahahah.  ada juga cikgu azizah, cikgu ni selalu rotan aku kalau gagal ujian atau exam. Tapi kami rapat, aku selalu makan di rumah dia. hahahah *matila sempat makan lagi sana. Tingkatan 6 aku mula tinggal di asrama sekolah ni. tandas dia memang gila la. bukan tandas yang ada flush tu tapi lobang yang bersambung dengan tandas lain. Kalau kita berak kat tandas 1, kita siram, tahi kita terdampar d...

SMK Abdul Rahim (2)

Sebenarnya aku masuk sekolah ni mid year of 2002.. sebab aku kicked out dari previous school. Sebab?.. aku terlampai pandai.. percaya tak?.. hehehehe  Orang pertama yang berkawan dengan aku di sekolah ni ialah along. Dia ni pengawas masa ni so apa-apa memang tanya dia sajalah. dia tahu semua..  Semua orang tahu menjadi pelajar baru di sekolah baru adalah sangat-sangat tidak seronok. lebih-lebih lagi semuanya kelihatan asing. dengan rupa paras yang tidak di kenali, sistem yang berlainan, pelajaran yang wayyy too different, dengan facilities yang erkkk?.. Memaksa diri untuk hadir ke sekolah setiap hari adalah sangat meletihkan.  musuh?.. pasti ada. semamangnya juga menjadi pelajar baru akan mendapat tumpuan ramai dan seterusnya mengundang benci bagi sesetengah orang.  Masa ni pelajar yang tak suka aku ada ramai. sebab aku minta puji kali kan? hahahahahaha... masa ni juga aku berjumpa dengan cikgu yang menakutkan. namanya cikgu khuraini. sangat nyata juga belia...

SMK Abdul Rahim

Image
Sekolah yang banyak mengajar aku tentang kehidupan. Aku tidak mengatakan sekolah asal aku tohpuan tidak pernah mengajar aku, tapi aku masih mentah sewaktu bersekolah di tohpuan. Datang sekolah, yang aku ingat ingin bergembira. Apa tidaknya, di tengah tengah bandaraya kota kinabalu. di sana sini cabaran. sewaktu itu aku menjadi seperti orang kampung yang hanya mencari hiburan.  end of the story.. hahahha.. sahabat di tohpuan sahabat sejati tapi pengalaman di tohpuan pengalaman memalukan dan menyedihkan bagi aku. Jika aku tidak di halau dari sekolah itu, sudah semestinya aku bukan di sini sekarang ini. mungkin aku menjadi lebih baik dan sedang duduk menghirup teh di Jeddah. *koma. Selepas KK, aku ke Kudat. sekolah ini sekolah kerajaan. dah nama pun SMK kan. hehehe. Kelas aku 4 Delta Bestari.  eh ini kah kelas aku ah?.. aku lupa2 ingat... ini sekolah aku di kudat. matila menakutkan ... macam sekolah terbiar. Sekolah ni best. Maksud aku best sangat sangat!!!! sistem dia a...

Reunion 24-26 dec (part 3)

Image
Kami berjanji untuk berkumpul pada jam 7 pagi untuk turun dari Ranau dan menuju ke Kota Kinabalu. Apa?.. jam 7?.. tiadalah jam 7. Jam sepuluh baru kami berangkat dari Rest House. Memangla janji tidak boleh pakai. Bukan apa, situasinya membuatkan kita sukar untuk bangun. Tidak juga terlampau sejuk tapi siap on aircond.. menambahkan lagi kesejukan. pergghhh bergulung dalam comforter memang sangat best... *Day mengemas barangan sebelum berangkat. Kami berkonvoi dengan empat buah kereta.. Kami berjanji dengan T-ja dan yang lain-lain untuk berkumpul di Petronas Ranau sebelum meneruskan perjalanan kami. Sampai sana?. nada.. tarak.. tiada.. tunggu-tunggu tiada juga. Deera call T-ja dan T-ja menerangkan mereka yang lain telah bersama-sama meneruskan perjalanan. huh?.. mereka tinggalkan kami?.. ini tidak boleh jadi.. kami mula merasa tidak puas hati. mentang-mentang kereta mereka hebat. mereka tinggalkan kami?.. tak apa kamu... Kami memang mula menjangka kami akan tertinggal di belakang sekal...

Reunion 24-26 dec (part 2)

Image
Adapun perjalanan hari kedua sememangnya kami nanti-nantikan kerana kami ingin berenda di tab mandi terbuka poring. Seawal jam 8 pagi kami menuju ke Poring yang hanya mengambil masa 15 minit dari penginapan kami. *gambar yang kami ambil di sekitar poring sangat dasyat untuk dimasukkan di sini..kami berendam dan bermain sehingga hampir jam sebelas pagi inilah kawasan poring... Ini gambar menaiki jambatan gantung.. agak susah untuk bergambar kerana gajah-gajah yang lalu menggegarkan laluan hingga tangan pun ikut bergerak.. cilakak kau gajah!!!!! *gambar yang pertama aku ambik dari mr.google.. Setelah kami puas berendam di sana dan di sini, bermain gelunsurg sampai sakit sendi, berenang sampai hampir lemas, menggigil sampai jadi mayat, kami mengambil keputusan untuk berehat dan menukar pakaian untuk ke destinasi seterusnya. Di mana?... yaaaa.. aku lupa namanya.. hahahah.. yang penting tempat ini ada ikan kecik2 yang makan sel2 mati di kaki tu.. apa nama tempat ini ah??..na... ingat sudah ...

bilik Bunga Raya

Image
Nama tajuk tu ialah nama bilik kami (kecuali d-naz) dia ni start kamceng masa form 2.. yang lain-lain memang tinggal sebilik lah. Yang aku ingat, aku memang katil double decker dan aku di atas. antara yang di atas juga ialah dayana (iakah?..) dan c-da?.. tapi kita suka angkat tilam susun-susun kan?. jadilah kita semua tido sebaris sepanjang tahun (takut jin berantai sebenarnya.. hehehehhe) sumber: mr.google macam inilah kan katil-katil kita.. tapi kita punya katil lagi miskin dan teruk..kesian Yang aku paling ingat masa kita tingkatan satu ni, sebelum kenal-kenal dengan lebih rapat, c-da yang paling jahat. sudahlah lambat masuk.. masuk-masuk tembirang pulak tuh.. hehehehe.. Dan yang paling sadis, bila dia kena cacar, dia balik kampung sekejap saja then sekolah balik. kita pun bagi nasihat dengan dia.. kita : c-da, kenapa kau awal sekolah.. kan kau masih cacar, nanti berjangkit satu bilik ni. C-Da: biar semua orang kena!!! Punyalah kau jahat kan c-daa. tapi kau juga suka buat lawak. rin...