Ready Player One Review
Hari ni nak review pasal movie yang aku baru habis tonton ni tadi.Mungkin aku bias sikit kot sebab director dia fav aku, Steven Spielberg. Movie ni mengisahkan tentang zaman yang banyak bergantung dengan kehidupan maya kerana keadaan hidup di alam realiti yang sangat sukar. Latar masa dalam cerita ini ialah masa hadapan di mana manausia atau orang yang berkuasa berhenti untuk cuba menyelesaikan masalah, sebaliknya hanya berusaha untuk terus hidup. 90% cerita ini berlaku di dalam alam maya iaitu sebuah VR games yang di panggil OASIS. Dimana, hidup yang lebih baik, lebih aksi dan semuanya lebih dari dunia realiti. Di permulaan movie pun sudah menunjukkan yang cerita ini bukan cerita fiction biasa yang aku tonton. Sampai terfikir, macam manalah pengarah cerita ni boleh berfikir di luar kotak begini. Banyak watak superhero juga yang digunakan di dalam cerita ini. Juga wujud pelbagai rasa apabila menonton, banyak lucu, kemudian aksi, sedih dan gembira. Setakat ini, movie...