Posts

Showing posts from May, 2012

Kawan karib sekolah rendah

Dulu aku ada kawan karib, biarlah kita panggil dia si DINA. (bukan nama sebenar) . Dina ni jadi kawan aku sejak di tahun satu sampai tahun 6.. sekolah rendah la.. mula-mula di tahun satu kami sebenarnya bukan kawan pun, tapi bila tengah tahun tu kelas kami dicampurkan. so jadilah kami kawan karib. sebab apa, sebab kami berdua kira ketua kelaslah.. bila gabung jadi kamceng sangat-sangat.  Dina ni anak orang kaya, so dia ke sekolah naik kereta. macam bas sekolah, tapi di kampung aku naik truck. lepas tu bayar 30 ringgit sebulan. aku pula masa tu manalah mampu, so aku jalan kaki sahaja. Walaupun kami tidak ke sekolah bersama, tapi di sekolah kami kawan baik. masuk tahun 3, aku pun naik basikal ke sekolah sebab basikal ni abang aku punya, bila abang dah naik ke tingkatan , akulah ganti naik basikal dia. basikal dia basikal tua. kau mampo? aku  nak naik pun tinggi, so aku selang kaki di tengah2 tu. Dina pun nak ikut jejak aku, dia suruh ayah dia belikan dia basikal , ayah ...

Hari Ahad

Image
Semalamlah hari ahad, aku rasa sepanjang hari tu macam sekejap saja . Aku tak buat apa-apa. Just pergi ke Guardian beli benda. Aku beli macam-macam ubat. In case sakit tak payahlah nak gelabah. Lepas tu aku beli mask guardian sebab muka aku kering dan nak yang menenangkan.. Lepas je aku pakai, terus mengantuk then tido sampai pagi isnin. Paling awal aku tido.. Jam 11 . Pelik tapi benar Mask ni memang boleh buat muka aku dan aku tenang. Mungkin sebab lavender. Aku nak beli garnier sebenarnya tapi habis!!

Air sedap

Image
Air sedap juga. Aku suka minum. Selain dari jus rosella, aku suka beli air ni. Cranberry . Nyum nyum.

aku suka lagu ni

Image
lagu ni aku dengar di CSI NY.. aku rasa sangat best,. lepas tu guna shazam la.. ropanya lagu ni.. best! sila layan..

mak

Image
aku rindu mak aku.. rindu sangat-sangat. aku selalu mimpi. mak aku manja, manja sangat tapi bukan dengan kami adik beradik. manja dengan ayah aku seorang. mak aku kuat, kuat hidup dalam kemiskinan membesarkan kami adik beradik. dulu mak aku kerja kait kelapa. pernah sekali kepala jatuh atas kepala mak. sekarang kepala mak ada lekuk. mak cerita dia pengsan sendiri, bangun2 dia masih di bawah pokok kelapa. sebab  dia mengait kelapa sendiri. mak suka makan sayur. semua jenis sayur mak suka makan. terutamanya masak rebus. dulu mak ada penyakit pelik. sebenarnya ada nama tapi mungkin masa tu doktor di kota belud tidak tahu. kalau dia makan benda masam, dia tidak dapat bergerak langsung. kadang-kadang tak makan benda masam pun mak akan lumpuh satu badan, mata saja bergerak pernah sekali mak tak boleh bergerak, kami semua ingat mak tidur sampailah mak terkencing.. rupanya penyakit mak datang. maafkan kami mak. :( mak tak pernah ada baju raya, kami sekeluarga pun tak pernah ke...

Nak muntah

Image
Kamu nampak kit kat ni. Ni made in japan. Orang yang bagi cakap sedap gila. So aku excited la ni. Aku ingat rasa peppermint . Kata kawan yang bagi ni sedap rasanya sejuk2. Tu sebab aku ingat peppermint. Bila aku rasa. Alamakkkk. Wasabi dowh.. Campur susu. Kau mampu. Loya tekak aku. Rasa mcm makan benda haram. Gila rasa dia. Memang koyak tekak. Haih. Apapun. Thanks kawan sebab susah2 bawa dari jepun.. Terharu ni -.-

Fb Messenger

Image
Aku rasa new app dari fb ni sangat convenient dan baguslah.. sebab tak payah nak buka tab kalau nak chat... dah try keee... iols sukaaa.. boleh chat sesuka hati tanpa gangguan kamu dah install? install lerr...  best.. !!! iols suka..

kalau bosan

Image
sekarang ni cuaca tidak menentu sini. sekejap panas nak mampus sekejap hujan lebat nak meninggal. memang tidak dapat diramal cuaca. mesti semua yang meramal cuaca kena keji sebab hujan lebat sepuluh minit pun selalu berlaku sekarang ni. so aku mengambil sikap duduk di rumah tengok tv. sebab aku asal je gatal berjalan tetiba hujan lebat.. sedangkan before tu panas. kalau aku bosan macam-macam aku buat, sebab semua buku aku dah baca.nak menapak ke kedai buku kena tahan-tahan nanti miskin. dok beli buku. haih Apa aku buat? aku dok amik pic dalam bilik.  haha..aku tak tau nak amik pic apa. tapi tangan aku gatal nak snap gambar. ini tingkap bilik aku.. cute kan langsir aku... haha.. macam langsir tadika KEMAS ini si Panda dengan si bebi...itu spek aku dia pakai.. haha... si panda pakai headband aku.. ini depan rumah aku.. tengah malam ni.. sunyi je.. itulah aku buat.. banyak lagi aku snap.. pic orang berdating, lepak2 dengan keret...

Salah faham

Image
Aku maksudkan movie Salt dah habis. Lepas tu movie Unknown di HBO Dia ingat salt garam. Hahaha. Aku saja ketawa sendiri sebab line on off..

Britney spears lagii

Image
Dulu aku selalu guna britney spears fantasy. Tapi oleh sebab dikatakan sangat manis bagi hidung sesetengah orang dan dikatakan boleh menjadi penyebab kencing manis... Aku pun beralih kepada ini!!!! Wangi jugaaa sangattt!!! Suka banyak banyak. Aku sikit lagi tempted nak beli balik fantasy. Aku kuatkan hati tak tengok. Gucci flora pun wangi. Tapi wangi lagi ini!!!

Baca baca baca

Image
Tadi aku dok pusing pusing kedai buku berjam - jam. Banyak novel aku baca half half. Hiks. Harap2 la orang kedai tu tak maki aku secara berjemaah. Aku teringin nak beli buku nicholas spark lagi. Tapi bila aku fikir- fikir, novel dia je yang aku selalu beli. So bila aku pusing- pusing aku nampak novel ni. Aku dah baca dulu sebenarnya tapi di library. Bila aku tengok, aku teringin nak miliki sebab sangat ohsem novel ni. So beli yang ni.. Baca balik. Tetap gugur air mata. Huhu Novel ni penulisnya sama dengan the kite runner. Novel tu memang sedih . Novel ni pun sedih. Haih.. Itu saja. Bye