Posts

Showing posts from February, 2011

Perangai kanak-kanak

Tadi masa kelas tengah berlangsung, seorang murid perempuan ingin menumpukan sepenuh perhatian terhadap kerjanya. Manakala, di meja belakang dua orang murid lelaki berbincang dengan kuat. si murid perempuan bertempik! (matila ayat kono).. "silent.. kenapa bising.. syutttt" Aku hanya membiarkan dan melihat mereka. Si murid lelaki meneruskan perbincangan dalam suara yang perlahan. Si murid perempuan mengambil keputusan yang drastik dengan meninggalkan tempat duduk dan beralih ke tempat duduk belakang. Aku termanggu... wah! mungkin si anak ini sangat mementingkan etika kelas sehingga tidak boleh berbisik berdekatan dengannya. Aku hanya membiarkan.. aku meneruskan kerja-kerja menanda buku sementara mereka meneruskan latihan yang di berikan. Si perempuan tadi memangggil,  "teach teach, they sangat bising".. (bahasa mereka memang rojak+gado-gado) aku menegur kedua murid lelaki itu..  Si murid perempuan menunjukkan muka marah kerana konsentrasinya terganggu. Mu...

kuih rempeyek /empeyek/repihi/

Image
kuih ni garing, ada kacang di atas, bilis, dan apa tu ah yang kecik-kecik tu. haha,.. aku ndak pakar mau kasi terang. aku cuma mau cakap yang aku tengah makan kuih ni sedapppp  hah! nilah kuih tu.. aku google.. hehehe..  bayangkan kerangupan dan kelazatan kuih ni berada di dalam mulut aku. aku makan.. makan.. dan makan.. perggghhhh... sedap weiii *matila update melalut. Aku tengah sibuk ni sebenarnya, sibuk tengok ni Aku tengok Dream High ni sambil makan rempeyeh tu la.. sedap wei..  Cerita drama ni serius. kalau lucu tu tiadalah, drama/romance/music ni. Aku tengok sebab aku suka lagu yang Jason nyanyi dalam ni. Lagu 2AM. aku kan peminat 2AM.  Dan aku pelik cerita ni, kenapa 2nd heroin cantik dari heroin sebenar. Nasib Teac sini hensem.. Owh ya, hari ni juga aku tengok kejadian yang menggugat keimanan. apa kejadian itu? ada perempuan ayu, cantik, dan nampak innocent dengan pakaian yang membuatkan kita sejuk mata memandang telah melakukan perkara di luar ...

Makan ambuyat

Image
ambuyat ialah sejenis makanan yang diperbuat daripada sagu.  Ambuyat juga merupakan makanan ruji bagi sesetengah kaum di borneo (sabah,sarawak,brunei).  bagi kaum yang lain, makanan ambuyat untuk makanan di hujung minggu atau semasa berkumpul bersama kawan-kawan atau sanak saudara. Tapi.. aku dan zana hari ni bukan sebab nak berkumpul bersama sahabat atau sanak saudara. Tapi, hanya untuk memenuhi keinginan untuk makan ambuyat setelah lama tidak makan la... Kami pergi ke pasar malam untuk membeli bahan2 yang di perlukan. Kami plan makan bersama sambal belacan sajorkkk time ni kami pilih-pilih lada nak buat sambal belacan.. banyak jenis woooo... tengok bawah ni.. banyak kan jenis lada.. cantik pula tengok merah-merah. inilah ambuyat kami berserta sambal belacan. simple ja kami buat. kan diet.. tiada side dishes.. heheh sedap gila owh makan ni.. lepas rehat makan.. makan lagi.. yang sedap sambal lah.. ambuyat tu kan tawar dan lembut .. owh ya di ingatkan.. makan amb...

Nokia 5800 XpressMusic

Image
aku mahu telefon ini.. aku bosan dengan blackberry...  sebab aku suka sentuh-sentuh .. tekan-tekan aku tidak suka... lagi sebab?.. susah2 lagi... nokia ni semua app dia leh masuk.. symbian 6 5th.. harus semua lulus ja masuk.. so..  bye mr.BB.. gonna miss u.. hehehe..

pengumuman kepada yang pergi krabi

Tarikh perjalanan 22 hingga 25 december 2011 sila deposit rm250 untuk booking tiket kepada Ghozali awal mac.. kalau lebih, baki akan diberi balik. kalau kurang, tidaklah beli tiket. mahal sangat buat apa kan.. haha Harap Maklum

artis paling Meletop Abad ini.. Saksikan....

Image
vokalis : Mukha Bass : koroy lead : x kenal hahaha best muka kau mukah... aku suka.. kagum aku tengok feel kau ni nak,. Kalau kau masuk mana-mana artis kau juga menang... kagum aku ndak habis lagi ni. hahah kau pulau roy.. kontrol makan.. jangan terlampau sihat. hahaha

Tahniah Rachel dan Rozi

aku lambat buat entry tahniah ni. Tahniah untuk kedua orang kawan baik aku yang aku kenal di UMS. Rachel.. dia ni baby girl sangat, hehe.. aku kenal sejak tahun 2006. mula-mula time orientasi pun dah kenal. sampai di labuan lagilah rapat. dia ni manja gila-gila. baik dan baby doll image. sampai ada kawan aku pernah cakap, kan best aku baik macam si Rachel. Apa pun chel congratulation sebab dah bertunang dengan jejaka pilihan. i hope semuanya akan berjalan lancar, kamu bahagia, gembira dan berkekalan sampai akhir nyawa. God bless u sist. Rozi.. a very independent women.  kawan yang memahami dan menerima semua orang. Paling best kami berdua berasal dari pekan yang sama. Bila musim buah dia akan bagi aku banyak buah buahan.. maksud aku.. banyak gilaaaaa... and bila hari raya aku bagi dia kuih raya. dia suka kuih makmur.  Kepada Rozi.. tahniah atas perkahwinan kau.. semoga berbahagia hingga ke hujung nyawa. God bless you...

SMK Abdul Rahim (4)-last-

tahun 2004 dan 2005 merupakan tahu yang sangat menggembirakan bagi aku di sekolah ini. Aku bertemu sahabat yang sangat baik. Sahabat yang tidak akan aku lupakan sehingga aku mati. Suri ... Dia seorang yang happy go lucky. aku kenal dia masa 2003 lagi tetapi kami tidak begitu mengenali sesama sendiri. sejak 2004 kami mula rapat. rapat kerana dia suka ketawa dan sangat peramah. setelah tahun 2005, seingat aku.. setiap kali makan di kantin, dia yang akan bayarkan makanan untuk aku. Maksud aku, setiap kali. Aku tiada duit makan masa ni. Dia yang bayar. If, dia tidak datang ke sekolah dia akan pas duit dengan sujilin supaya aku dapat makan sewaktu rehat. dahsyat kan?.. buat aku terharu.  Jeni.. Dia juga seperti suri, yang sentiasa memahami aku. berada di samping aku selalu. aku ingat lagi, aku homesick. rindu nak balik kampung. Jeni yang hulur duit suruh aku balik kampung. dia cakap kalau rindu balikla, duit tidak payah fikiir, dia boleh tolong. sedih aku kalau ingat. mereka tidak per...

Cemburu

Kadang-kadang kita cemburu kerana kejayaan orang, kadang-kadang kita cemburu atas barangan orang, kadang-kadang kita cemburu atas kecantikan orang, kadang-kadang kita cemburu atas semua yang lebih dari kita, cemburu.. benda yang boleh buat kita mencuba untuk menjadi lebih baik tau berkhayal menjadi yang lebih baik atau bertukar kepada pemangsa yang tidak baik. aku juga cemburu aku cemburu dia menghilangkan diri seolah-olah aku pembeban. Aku hanya cemburu kepada insan yang dia munculkan diri.

LIKE!

Image
aku sebenarnya kurang faham dengan orang yang suka click button ni. aku rasa button ni di cipta untuk seseorang menyatakan bahawa dia menyukai gambar yang kita letak di fb, post, status, atau apa-apa aktiviti pun. KAn?. yang pastinya benda itu menarik sehingga kita like! Tapi bagaiman pula dengan orang yang like benda begini. contoh ah.. status : sakit perut dan cirit-birit sehingga masuk wad. Yang like 10 orang. benda ni kena like ke? contoh lagi.. status : my mom got cancer. yang like 5 orang.. pastu komen kata-kata yang memberi semangat la.. perlukah like?, kadang-kadang cerita pasal kematian pun nak juga like. kau suka orang mati ka?, kau suka orang sakit? komen je la.. tidak payah like2! pelik aku. Ada pun orang yang sangat obses dengan like ni. Benda tak patut pun mahu like. sampai notification beratus pasal like saja.  Kalau dia like sekali sekala dan benda itu sesuai untuk di LIKE, tidak apalah. ini benda tidak patut. semua mau like. kalau tidak mahu respo...

Bangun Pagi

Aku sangat-sangat ada masalah bangun pagi. Aku susah nak bangun. Kadang-kadang aku rela melepaskan sesuatu yang best di waktu pagi hanya kerana aku tak nak tidur aku terganggu. Kalau aku set alarm jam 7.00 pagi, aku akan snooze sampailah jam 8.30. Terukkan?.. Aku ingat lagi masa aku ambil PMR tahun 2001.  Ada paper tu jam 9 pagi, aku dah tak ingat paper apa tapi aku susah nak di bangunkan sampai orang sebilik aku give up nak bangunkan. aku boleh cakap.. "tidak payah ambil PMR la, bukan penting pun" lepas tu tidur balik. tapi, aku bangun juga akhirnya.. lambat masuk exam la. setiap pagi begitu. Adoi la.. Bangun pagi juga menyebabkan aku sering ponteng sekolah. kami masuk di tohpuan 6.50 pagi. aku bangun tidur dekat jam 10. Macam mana tu?. so, aku masuk kelas masa rehat la ceritanya. Setiap pagi aku kena sembunyi. banyak cara, Masuk loker, pura-pura sakit, sembunyi dalam tandas terbiar di 1st floor, dan banyak lagi. Tapi kebanyakkannya aku sembunyi di dalam loker! Pern...

SMK Abdul Rahim (3)

Tahun 2004... Aku masuk lagi di Abdul rahim ni.. plan nak pergi UITM terbantut sebab masalah kewangan keluarga. Tidak apalah, mungkin bukan rezeki aku masuk sana kan. so, aku pun amik tingkatan enam di sekolah ini juga. Aku masuk kelas 6 alpha bestari. eh, inikah kelas aku?. kenapa macam kelas sains ja bunyinya?.. hahaha Kelas aku ni kelas ekonomi la.. guru kelas : cikgu sabariah (kami tidak rapat) guru angkat (adakah?) hahaha :( cikgu khuraini -fav teacher aku) guru lain juga yang selalu denda aku, cikgu ahmad dan cikgu nazri. cikgu nazri ni tidak suka aku, dia cakap aku tidak cantik. hahahah.  ada juga cikgu azizah, cikgu ni selalu rotan aku kalau gagal ujian atau exam. Tapi kami rapat, aku selalu makan di rumah dia. hahahah *matila sempat makan lagi sana. Tingkatan 6 aku mula tinggal di asrama sekolah ni. tandas dia memang gila la. bukan tandas yang ada flush tu tapi lobang yang bersambung dengan tandas lain. Kalau kita berak kat tandas 1, kita siram, tahi kita terdampar d...

Pertolongan

*menulis sambil memeluk panda pernahkah kamu ditimpa masalah di mana tidak ada sesiapa yang ingin menolong kamu. seolah-olah pertolongan yang diminta itu sebesar -besar masalah di muka bumi ini? kadang-kadang hati aku pun pandai tersentuh, pandai menangis. Apakah aku tidak pernah menolong sesiapa di muka bumi ini sehingga permintaan aku tidak ada siapa yang endahkan. Aku meminta pada yang ada, (love u dt ct!!.. matila sempat) apa-apa pun  kejadian begini memang berlaku. sekiranya kita senang, kita pasti membantu siapa yang memerlukan (orang yang kita rapat) . Jadi, tidak mustahil  fikiran dan hati kita mengharapkan benda yang sama daripada yang orang kita rapat. Tapi kadang-kadang yang kita harapkan tidak berlaku.. dan mustahil untuk berlaku.. Kesimpulannya.. Janganlah mengharap atas setiap perbuatan yang kita lakukan mendapat balasan kerana tidak semua yang kita harapkan akan berlaku. nite..

SMK Abdul Rahim (2)

Sebenarnya aku masuk sekolah ni mid year of 2002.. sebab aku kicked out dari previous school. Sebab?.. aku terlampai pandai.. percaya tak?.. hehehehe  Orang pertama yang berkawan dengan aku di sekolah ni ialah along. Dia ni pengawas masa ni so apa-apa memang tanya dia sajalah. dia tahu semua..  Semua orang tahu menjadi pelajar baru di sekolah baru adalah sangat-sangat tidak seronok. lebih-lebih lagi semuanya kelihatan asing. dengan rupa paras yang tidak di kenali, sistem yang berlainan, pelajaran yang wayyy too different, dengan facilities yang erkkk?.. Memaksa diri untuk hadir ke sekolah setiap hari adalah sangat meletihkan.  musuh?.. pasti ada. semamangnya juga menjadi pelajar baru akan mendapat tumpuan ramai dan seterusnya mengundang benci bagi sesetengah orang.  Masa ni pelajar yang tak suka aku ada ramai. sebab aku minta puji kali kan? hahahahahaha... masa ni juga aku berjumpa dengan cikgu yang menakutkan. namanya cikgu khuraini. sangat nyata juga belia...

SMK Abdul Rahim

Image
Sekolah yang banyak mengajar aku tentang kehidupan. Aku tidak mengatakan sekolah asal aku tohpuan tidak pernah mengajar aku, tapi aku masih mentah sewaktu bersekolah di tohpuan. Datang sekolah, yang aku ingat ingin bergembira. Apa tidaknya, di tengah tengah bandaraya kota kinabalu. di sana sini cabaran. sewaktu itu aku menjadi seperti orang kampung yang hanya mencari hiburan.  end of the story.. hahahha.. sahabat di tohpuan sahabat sejati tapi pengalaman di tohpuan pengalaman memalukan dan menyedihkan bagi aku. Jika aku tidak di halau dari sekolah itu, sudah semestinya aku bukan di sini sekarang ini. mungkin aku menjadi lebih baik dan sedang duduk menghirup teh di Jeddah. *koma. Selepas KK, aku ke Kudat. sekolah ini sekolah kerajaan. dah nama pun SMK kan. hehehe. Kelas aku 4 Delta Bestari.  eh ini kah kelas aku ah?.. aku lupa2 ingat... ini sekolah aku di kudat. matila menakutkan ... macam sekolah terbiar. Sekolah ni best. Maksud aku best sangat sangat!!!! sistem dia a...

Impian

kadang-kadang kita mengimpikan untuk menjadi orang lain. sesorang yang lebih baik, lebih cantik, lebih kaya, lebih pandai, lebih bergaya lebih mulia dan lebih segalanya. Itulah impian.. sesuatu yang ingin kita miliki. semua orang mengimpikan untuk menjadi seseorang. seseorang yang lebih baik. Kalau dah baik tu tak la nak impikan apa-apa. kan? Waktu aku berumur 17 tahun aku mengimpikan sesuatu. Aku menginginkan lebih yang aku mampu. Aku mahu belajar di UITM, Lepas UITM aku mahu ke oversea untuk further study. bekerjaya. Menjadi wanita korporat. Itu semua aku impikan. Negara yang paling aku ingin lawati Italy dan Jepun. Aku ingin bersalaman dengan Tun Mahathir. Aku ingin jadi cantik. (^_^). Aku ingin menggembirakan hati kedua ibu bapa. Aku ingin binakan mereka mahligai. hanya untuk mereka berdua. Tapi?.. Harus semua perkara yang kita rancang ada tapi. Ini sememangnya akan berlaku sekalipun  kita berkemampuan untuk melakukan. ini semua  berkaitan dengan pilihan dan kos le...

dietku musnah

Image
aku sebenarnya  bertekad mahu diet. bukan apa, berat aku ni makin naik secara banyak dan membuatkan aku takut. sampai bapa aku cakap. "makan, makan, nanti jadi kerbau!" *nanges maksudnya aku dah macam bentuk kerbaukah?... *sambung nanges Jadi aku sematkan dalam hati bahawa, jika aku balik kampung nanti aku ingin menunjukkan bahawa aku mampu menurunkan berat badan aku . Tapi...  Hari ni aku jumpa zana.. dia dah pesan awal-awal suruh aku jangan lunch. dia nak makan pari bakar dan dia belanja! yey yey.. thanks zana.. apa?.. fikir aku makan ikan pari saja dan zana makan nasi bersama pari? owh no.. ini kami makan.. ada orang diet makan begini? *sambung nages lagi... sambil tengok zana.. kau kan yang suka ajak aku makan?.. kau lainla, berat turun.. aku ni naik naik naik naik... tapi aku sukah makan.. sedap!!! hahahha ingat itu saja yang kami hantam.. owh tidak... dekat jam 10 malam.. bedal ini lagi.. kenyang!!!!! owh ya... tadi petang kami habiskan masa teng...

gatal-gatal

mulut aku gatal-gatal.. bukan alang-alang. atas bibir aku ada macam ruam. bibir aku terus jadi extra sexy. membesar.. tepi2 bibir aku pun begitu.. gatal.. kenapa tu ah..

Kawan Alam Maya

Kamu ada kawan yang kamu berkawan tapi tak pernah berjumpa?.. lebih2 di zaman yang serba canggih ni. mesti ada kan?.  aku mula berkawan secara tidak maya, tapi boleh di anggap maya sebab kenal melalui sms. hahaha. aku sampai sekarang fikir-fikiir macam mana boleh ada number dia, dan dia ada number aku. Perkenalan bermula zaman tok kadok. tahun 2004 tak silap aku.  masa tu telefon pertama aku nokia. nokia aku masa ni canggih dah.. bukan 8310 ah.hahahaha.  aku ingat lagi, kakak aku bagi telefon ni sebagai hadiah birthday. oleh sebab penggunaan telefon yang jarang masa ni. Kira kawan-kawan aku bukan semua pakai phone masa ni. Nak sms pun tak tahu siapa. Nak call pun , ntah mahu call siapa. Nak top up?.. harus merayu2..  *matila bilalah nak sampai cerita aku kenal orang ni. ceritanya bermula dengan main2 miscall.. kalau orang miscall aku dulu2 aku suka.. terus main2 sampai berhari2.. sekarang?. kau miscall la.. ada aku kejar guna parang. buda...

sajak untuk Almari

*tekup mulut zana supaya diam2 jangan cerita pasal almari aku!! hahah almari aku roboh.. almari aku musnah almari aku tiada.. baju aku terbiar.. jadi bagai mana? aku perlukan almari.. kembalikan almari aku.. almari nyawa bajuku.. almari penyegar jiwa seluarku.. almari keindahan bilikku.. kembalilah almariku.. almariku.....

Deera birthday Celebration

Image
ada pun rancangan kali ini adalah untuk menyambut hari lahir nadirah aiddy yang ke 25. Matila, tua sudah kau nak. kami masih 24.. hahahahha.. Aku dan day dah plan dah awal2 nak beli apa, hadiahkan apa dan sambut di mana. kami plan nak sambut di komplesk karamunsing. tapi dengar2 kata bangunan tu dah nak runtuh. jadi deera takut mau sambut sana. *day, kan best time runtuh kita singgah apple store amik iphone 4 dengan macbook pro kan?.. kalau ada itouch sama ipad boleh juga kita amik sambil2 lari menyelamatakn diri. hahaa Jadi kami ke mana?.. kami mengambil keputusan untuk menyambut di kbox 1borneo sajork.. *gambar k box aku ndak jumpa..gambar 1borneo saja la.. hahaha kami berjumpa di Mc d... lepas kami makan.. (deera tidak makan.. dia kenyang.. aku dengan day ja yang melantak) *matila beg biru tu spoiler gambar. hahha kami pun mencari kbox.. sesat dowh.. lupa mana.. cari punya cari yang di jumpai ni ja... best tempat ni.. syurga kanak2.. hahaha.. ada juga hati ...

Jalan bersama day di City Mall

Image
Hari kedua aku di hospital aku mendapat tahu melalui Fb bahawa day boleh keluar menggunakan kereta abangnya (kereta dia rosak masuk workshop). Dia mengambil keputusan untuk melawat mak aku dan kami jalan menuju ke mall dari smc la.. sesampainya Day di hospital, dia mengalami kesukaran untuk mencari parking kerana car park di smc memang belum siap. setelah dia parking .. dia berjalan kaki menuju ke bangunan utama untuk menuju ke wad mak aku. *day datang bertanyakan mak aku seperti seorang doktor!! aku kagum.. hahhaa setelah mereka beramah mesra, kami pun menuju ke city mall!!!... untuk mencari hadiah Nadirah dan makan.. kami pusing2 mengelilingi mall dan bergambar juga akhirnya.. *memang hantu kamera kali kan.. tak boleh pegi mana2 mesti mau bergambar juga.. kami cuba berlagak cute.. dan aku rasa berjaya!!!.. hahahhaa.. matila.. sambil-sambil kami bergambar ni.. tiba-tiba datang seorang salesman yang bertaraf budak-budak meramahkan diri minta di gambar.. jadiii?.. apa lagi?... ...

At Hospital

Image
aku sampai kota kinabalu sahaja terus bergegas ke Sabah Medical Center (QEH2) yang terletak di damai untuk melawat emak tercenta.. sesampai di hospital, aku di fahamkan mak aku masih berada di dalam bilik pembedahan, kami mengambil keputusan untuk menunggu di bahagian luar kerana ikwan (anak buah) yang berumur 3 tahun lebih tidak di benarkan masuk ke dalam wad. sementara menunggu emak keluar dari bilik pembedahan.. kami membuang masa dengan berborak dan mengambil gambar.. kami menunggu dari jam 7.45 pm until 9.50pm.. so apa lagi.. bergambar la... hah! ambik gambar budak kecik ni la.. ini anak buah aku... Ikhwan.. dekat2 jam sepuluh mak aku pun keluar dari bilik pembedahan dan aku mengambil keputusan untuk bermalam di sana. inilah mak aku yang sedang kesejukan... aku tidur mana? atas katil sebelah dialah.. *matila pesakit stress aku tidur secara tak malu atas katil. hahaha...