Posts

Showing posts from October, 2011

FAKTA

aku baru sedar ,facebook aku ada notes. bila baca-baca buat aku rindu zaman kegemilangan facebook dulu. tahun 2006 ke 2008. semua orang add aku accept. seribu lebih kawan. dahla tak kenal. main add jer asal ramai kawan. lama-lama aku bosan. semua aku remove yang tidak berkenaan. yang nak add, aku screen baik.. filter dulu bagus-bagus. tapi last-last ignore. so sekarang aku ada dalam 138 kawan. bukan semua kawan rapat tu. aku pun tak tahu kenapa aku tak delete lagi yang lain. aku bosan dengan facebook sebab kadang-kadang status orang meloyakan dan boleh muntah darah. tapi kena ada untuk keep in touch dengan kawan. itu tujuan utama yang paling penting. melalut dah aku. tujuan utama nak paste note aku tulis zaman dulu ni.. masa main tag2 notes.. dulu ramai orang main tag2 ni.. 1. di beri nama *******..last time i checked..ramai gak nama tu di Malaysia ni..hihihi 2. aku cengeng..sgt cengeng..bagi yang kenal sgt aku..mesti tau..hihihih 3. My dad ada anak angkat sorg..merangk...

BBM WiFi

Image
BBM menggunakan wifi ini sangat jimat sebab bila roaming, kalau kita ber BBM juga, bil akan mencanak naik ke gunung everest. tapiii dengan adanya WiFi. kita boleh menggunakan BBM di mana-mana sahaja tempat di dunia ini. eh iye ke? iyalah asal ada WIFI.. so bolehla baca offline msg or keep in touch dengan kawan even dah jauh beribu batu caranya? off network roamning on guna wifi je ... so boleh bbm dengan jayanya.. silalah cuba... memang berkesan Tapi.. make sure memg dah subscribe data BIS ye.. so even off network.. guna wifi boleh dan duit tidak dipotong.. percayalah kaedah ini sebab aku guna.. aku guna celcom tapi di negara lain. off network dan aku boleh ber BBM tanpa had.. :p

just for you =)

Image
I'll always be here.. waiting for you..

Cara Menjaga Blackberry anda ye tuan2 Dan puan2

Image
Tips agar BB kita tak lembab dan operasi tetap lancar dan stabil, kerana BB bukan HP biasa, tetapi sebuah Smartphone. Tips ini untuk semua jenis BB, baik Curve,Bold,Torch mahupun Storm. Berikut tips nya : 1.Usahakan tiap 2-3 hari sekali, cabut bateri BB, dan biarkan selama 1-2 mnit, ini fungsinya untuk membuang dan menghapus sisa-sisa file yg tidak terpakai akibat proses chatting maupun browsing. Kalau malas buka battery sila install app Refresh Me 2. Lakukan secara rutin Clear Log Event dengan cara tekan ALT+L G L G..akan muncul dilayar hasil log,tekan logo menu ,pilih Clear Log (jika bahasa inggeris), atau bersihkan Log (jika bahasa malaya), tekan Clear. 3. Lakukan juga secara rutin Cleaning Memory, dgn cara, pilih Options, Security Options, Cleaning Memory, tekan logo menu , pilih Clean Now. 4. Tiap 2-3 hari sekali,lakukan Host Routing Table, dengan cara pilih Options, Advanced Options, pilih Host Routing Table, tekan logo menu ,pilih Register Now. 5. Dan setelah s...

Realiti kehidupan dunia.. (Iraqi Orphan dreams)

Image
God bless his life...

kes kanak-kanak langgar lari di China

iyeee aku sangat-sangat marah sampai aku tak nak letak video tu kat sini. bagaimana orang boleh heartless sampai begini sekali. jika seorang sahaja yang membiarkan tidak apa. ini ramai, seolah-olah tidak nampak. butakah mereka? situasi begini buat aku tambah takut. bagaimana manusia sangat berubah di zaman ini. mana pergi nilai kemanusiaan. manusia yang lalu-lintas tu seolah-olah menyamakan kanak-kanak dengan binatang. tidak berguna. melihat tanpa perasaan. *asah parang.. saya sangat marah!!! tapi ini hanya yang kita nampak di China. di negara kita? kes kerak mengerat, buang membuang bayi sangatla berleluasa. entah mana akal manusia sekarang. bodoh!

lagu best main ulang2.

Image
aku sebenarnya suka alyah ni sejak tak mungkin kerna sayang. tapi, lepas je imej dia berubah.. aku dah tak dengar lagu dia dah.. tiba-tiba lagu kisah hati ni muncul aku suka balikkkk LIKE banyak2.... aku suka clips dia aku suka emosi dia sedeyyy :(((( layan.....dengan lirik sekali :)

Makan malam yang sihat katanya

Image
Mula- mula, sediakan duit secukupnya dan pergi ke pasar raya yang berdekatan. Kalau jauh tidak guna sebab barang yang bakal dibeli sedikit sahaja. Ambil bakul Dan belila apa yang sedap. Beli jagung. Kukuskan dia Taraaaaa baru aku sedar gambar jagung ni besar. tapi tak apa , sedapppp jugakkk *matila kelaparan balik

Keropok tersedap Otori Nugget

Image
Sedap gila keropok ni. Baked corn snack Dia Ada pelbagai flavor .. Yang aku suka chicken spicy flavor Dan cheese pizza. Sedap!! Dahla besar2. Yummy. Sila try okeh!!

Sarapan yang berkhasiat katanya.

Image
Setelah bangun Dari tidur, pastikan Anda dah mengemas katil, tilam, batal, selimut Dan etc ye anak2. Bagi yang perlu dijemur itu silalah jemur bagi mengelakkan kehadiran bakteria yang bakal mengganggu gugat kesihatan kita. Setelah itu , sedia untuk Mandi tapi sebelum ke bilik air, sila panaskan air ye. Ini untuk menjimatkan masa nanti. Mandi dengan sebersih-bersihnya je. Jangan membuang masa picot jerawat. Itu tidak berfaedah. Biarkan jerawat hilang sendiri. Nanti berparut uolss. Haha So, lepas Mandi. Bersedia menuju ke dapur. Ambil gelas tahan panas, curahkan air panas, tambahkan Milo 3 in 1, dan oat. Gaul2 dalam perjalanan ke bilik. Biarkan sementara mempersiapkan diri. Setelah siap bolehla minum. Setelah minum Milo Dan oat tadi. Pastikan anda akhiri dengan meminum segelas air biasa. Sebab Milo manis!!! Enjoice. P/s : gambar bahan2 di bawah dicilok dari google

Mengantuk

Image
Bolehkah malas berkerja Dan hanya duduk di rumah Cari makan? Huhu. Ada kerja yang Dari rumah? Aku nak. Btw, cute pulak iPod nano ni.. Rasa nak tapi buat apa? Tadi dok main. Best!

Kepala Luka sebab gatal

Image
Baru- baru ini aku sangat terkejut sebab aku menyedari kepala aku sangat gatal. Garu Dan Garu. Tiba-tiba di satu hari yang Hening. Di kawasan yang selalu gatal tu tumbuh banyak dandruff . I mean banyak gila2. Sampai berwarna kuning. Masih lagi gatal. Bila aku Garu dia jadi berair. Risau okeh! So bawa ke clinic. Doc cakap gula tinggi. Bakteria suka. Itu sebab tiba2 Semua gatal2. So kna diet. Amik makanan sihat. Patutlah rashes aku banyak gile ni. Semua pun aku nak garu kebelakangan ni. Huhu So dapatla ubat. Shampoo untuk kepala buang dandruff tu. Antibiotik Ubat untuk allergic and itchy Cream buang fungal infection. Dengan sebijik ubat Ntah apa. Dia sebijik je dalam Kota besar ni. Inilah ubatnyaaaa...

Menanti

Image
Zana balik Dari miri hari ni, so aku pesan 6 bijik big apple. Yummy. Tak sabar nak makan. Lama dah tak makan pun sebab kat sini tak jual benda alah tu. Hiks Now sementara menanti en. Big apple datang, haruskan makan sikit saja, supaya nanti berselera je makan. Yey yey. Kita pesan durian, alien and cheese Tapi tak de alien. So beli yang coklat saja. Kesian, big apple puny pasal pun nak excited kan. So Meh makan ringan2 sementara menanti. :)

someone like you

Image
nevermind i'll find someone like you.. but i think he's better :) your daughter look cute btw :) im happy for you, God bless!

Aku Malas

Bolehkah malas amik lesen? bolehkah tidak payah amik lesen sini? Malas.. dah dua jam.. ada 8 jam lagi. aduh malasnya.. dahla bulan ni bulan busy. semua pun nak exam. itu ini semua nak kena cover. tak apalah, positive kan? tak lama juga tu. nanti okeh juga tu kan? sekarang ni tiba-tiba aku nak menulis sini sebab aku bosan sangat. kerja ada banyak, tapi aku malas nak berkerja sekarang ni. rasa macam lemas. sambil;-sambil aku menulis ni, aku dok dengar budget 2012 di tv3. nampak PM kita semakin kurus :) aku rasa, budget ini tak de effect dalam hidup aku. eh ade ke? sebab aku tak kerja sana, apa harapan orang kali ini agaknya? mesti bonus naik gaji cukai import turun harga rumah turun apa lagi ah? jom sambung dengar...

hari ke - 2

besok hari kedua. I'm super duper excited and berharap semuanya Akan sempurna tanpa sebarang masalah:) anyway R.I.P Steve :( we do love apple [Posted with iBlogger from my iPhone]

Dilema wanita setiap bulan

Image
setiap bulan akan ada perubahan emosi dan perubahan kelakuan.suara intonasi juga bakal berubah. hampir semua bakal berubah dan berapa hari setiap bulan. kan best kalau bentuk badan pun berubah. mula-mula terasa nak marah sahaja. semua nampak menyakitkan hati. benda yang senang dan simple boleh dijadikan punca kemarahan. bukan hanya marah, tetapi berselang-seli dengan tangisan. sungguh emosi di kala ini. kadang-kadang pada masa inilah semua wanita yang mempunyai masalah ini akan mencari gaduh dengan hampir semua orang. semua orang jadi musuh. setelah emosi terganggu, akan ada rasa sakit di sekeliling badan. lain orang lain sakitnya. sangat sensitif dan tak boleh di sentuh. paling keji yang sakit di ketiak. nak angkat tangan pakai baju pun susah. sakit. Kalau teruk sampai demam-demam. ini belum keluar darah haid. hanya tanda-tanda awal. selepas seminggu mengalami semua ini, atau tiga hari. wanita akan mula keluar haid. itu pun akan bergelumang dengan senggugut yang maha hebat sakit...

My ancient Mr. Bear :)

Image

kenapa orang itu jahat? aku benci dia...

Image
aku pelik dengan orang yang boleh benci orang lain tanpa berjumpa atau berbual? pelik bukan?, berapa kali aku cuba fikir berulang-ulang. bagi aku tetap tidak logik. kenapa semudah itu kita membenci. kenapa semudah itu kita menghina atau mencerca. Pernah dahulu aku ditanya oleh seorang budak dengan nada bergurau.  siapa kau paling benci di dunia ini? aku jawab : errmmm george bush kot. apa dia buat dengan kau sampai kau benci dia? aku bungkam.. hahaha ado kamu guna perkataan BUNGKAM?.. hehe aku menjawab bush gila kuasa dan sanggup membunuh untuk mendapat kuasa.. dia dengan muka tertanya2 berkata : iya? ooo.. yakin je kau ni nak benci orang. ntah2 mati nanti dia masuk syurga. kan? kita tidak tahu pun sebenarnya tempat kita di mana.. budak pun tahu.. kita mungkin marah dan ingin berjuang. tapi jangan biarkan syaitan yang mengambil alih tugas dengan menanamkan sifat benci dalam hati kita seterusnya mengambil alih hati kita menjadi miliknya.

JAUH

Image
apa yang jauh? KAMI Kami jauh antara satu sama lain. jika merindu SMS sahaja. jika ingin berbincang BBM sahaja. jika kecemasan, call sahaja. sebab Kami jauh! jauh kadang-kadang penyebab pergaduhan. jauh kadang- kadang menyebabkan rajuk Dan salah faham. tapi jauh juga penyebab kerinduan. biarlah Kami jauh. nanti Kami dekat :)

stand up - siti nurhaliza

selain dari remember you tu.. aku suka dengar lagu ni.. entah kenapa. mungkin sebab dia bagi semangat lain macam. eh jangan heran, aku ni suka dengar lagu local. sokong industri tempatan katanya. tapi dengar sajork ya.. beli album tu macam tak pernah lagi.. nantilah beli kalau betul-betul nak. belum sampai seru katanya. hahaha choi.. nak berseru bagai kan? aku teringin juga nak beli. tapi nak beli buat apa?.. aku cd player tak de.. eh dia jual kaset ke cd?. hahahaha.. owh aku beli di itunes la kan?.. takpun cdbaby. sobolehla beli satu laguor dua lagu kalau tak nak beli satu album kan?.. sokong kecil-kecil katanya.. sila dengar lagu ni.. kalau nyanyi live dengan orchestra ni harus gempak.. dengar sambil pakai headphone beats by dr.dre mesti best ni kannn?... eh korang taukah..? embed ni melayu dia benamkan?.. aku rasa lucu.. haha