Posts

Ku akui

Image
Hi.. sebenarnya aku tak tahu pun lagu ni wujud di dunia ni, aku tak pernah dengar di mana-mana . mungkin sebab aku ni kurang dengar radio. Aku dengar first time masa Juara lagu hari tu. aku rasa lagu ni best, music best.. kalau dia guna orchestra lagu hebak ni.. Lirik dia sedih, dia nyanyi pun sedih , macam nak nangis. aku suka dengar bunyi violin tu. masuk ke dalam hati.. macam dia tekan2. gituh.. hahaha Suara hafiz nyanyi pun best. aku ni tulis sebab nak memuji lagu ni je. hahahah bye "akan ku jaga sebaik-baik cinta ini"

hilang

Kalau kita ada kawan rapat kan.. hampir setiap hari jumpa, share cerita sama2. share pengalaman sama2.. share masalah, share macam-macamlah.. lepas tu jumpa hampir setiap hari. ketawa sama-sama ingat zaman dulu kala.. Kadang-kadang dalam sehari jumpa berkali-kali. sebab selesa nak berkawan.  lepas tu tiba-tiba dia dah tak macam dulu, dah tak nak kawan.. dah jauh diri, jumpa dah kurang.. dari setiap hari ke seminggu sekali. itu pun tak lama nak jumpa, asyik nak cepat. cerita dah makin kurang, dah tak happy macam dulu.. lepas tu lama2 jarang contact.. sms seminggu sekali bila dah berminggu , persahabatan jadi canggung, hilang langkah macam bosan dah pula rasa hilang.. kita nak kawan yang macam dulu..  tak apalah kan mungkin dia ada alasannya yang tersendiri Terima saja walaupun rasa kehilangan 

sedikit stress

aku nak pindah rumah boleh? nak tinggal sendirian.. tapi area sini nak sewa rumah mahal nak meninggal.. so apa solution? kena cari bilik je. tapi tu lah.. aku ni pelik sikit, kalau ada housemate sebulan tahanlah kot, lepas sebulan aku macam stress semacam, lebih2 kalau housemate yang suka duduk ruang tamu. hahahahaha aku keluar nampak dia, aku masuk pun nampak dia, nak lepak ruang tamu pun aku tak mampu so aku mula dah jadi tak keruan duduk di rumah ni. nak pindah sangat2. Haih macam manalah nak hidup ni.. aku memang jarang di rumah, tapi kalau boleh balik rumah tu terus tenang je.. aku kena ada housemate serupa aku, yang akan beramah mesra hujung minggu je. hari lain buat macam jiran.. say hi saja.. sila jangan nak conquer rumah itu baru best ini? haih... nak pindah how?

Happy New Year 2013

Image
Aku tak de azam rasanya.. aku cuma harap nanti semua plan yang bakal aku rancang tak de aral yang melintang pukang dihadapan.. Aku letih sebenarnya berazam setiap tahun, so tahun baru ni aku tak nak berazam sebab aku tahu aku pandai cakap je.. biarlah masa bawa aku ke mana2 dan bila aku sampai di mana2 tu, aku mampu buat.. so selamat menyambut tahun baru.. semoga yang diimpikan menjadi kenyataan.. aku godek2 camera jumpa pic ni.. ropanya aku ambik lamaaaa dah... rindu KK!!!!

Rutin

Image
Oleh sebab aku letih membaca, mari aku berehat sebentar, sambil2 dengar lagu joget aku nak cerita ni rutin harian aku. hahahaa. sebab aku saja gian nak menaip tapi tak tahu nak taip apa. aku selalu bangun jam 7, aku ada banyak versi alarm dalam phone. aku set jam 6, 7 , 7:30 , 7:50,8, 8:15 dan 8:30.  btw, aku masuk kerja jam 9. tu sebab aku set paling lewat jam 8:30. aku ni ada masalah bangun tidur. Nak tidur tu susah, nak bangun lagiiiii susah. kalah2 gajah. Ideal aku nak mandi selalu jam 8.  Bila aku buka mata, aku akan cari phone aku, buka website berita, instagram, dua ni aku akan check. Lepas tu kalau tiada benda menarik aku akan cepat bangun dan mandi. Kalau ada berita best tetiba alarm 8:30 aku bunyi aku tak sedar dah lambat sebab kusyuk membaca. lepas tu bila lepas mandi aku akan iron baju, ye aku suka pakai baju panas2. kalau dah sejuk aku tak suka, aku suka lepas iron terus pakai. *alasan orang malas sebenarnya. Kalau aku mandi dalam ...

bosan bermula

aku rasa pattern hidup aku yang dulu datang balik dah. maksud aku masa aku kerja di brunei tu. memanglah sini best sikit, nak contact orang senang. tapi? yang lain sama. keja sampai malam, makan sendiri, jalan sendiri. apa yang berbeza ah? nama company dan jenis kerja. tu je beza. hahaha apa yang aku rasa semua sama. tapi yang best sini ni, aku dah boleh lukis plan hidup aku masa mana, apa aku nak buat tahun depan and etc. kalau di brunei, satu benda pun aku tak sure... kesimpulannya, hidup sini bosan juga.. so aku simpulkan, aku ni yang sebenarnya membosankan, tak suka tempat ramai orang, tak suka bising, tak suka sesak2, tak suka jumpa orang, macam mana tak bosan? *kecuali tengok bola, berlaga bontot pun tak apa Sent from my iPhone

obses

Image
ya aku obses dengan lagu ni sangat-sangat aku kagum sebab aku dah dengar seminggu dalam 20 kali sehari aku masih tak bosan aku suka juga lirik dia.. lagu  ni bunyi dia ringan. so aku suka laaaa... When minutes become hours  When days become years  And I dont know where you are  Color seems so dull without you  Have we lost our minds?  What have we done?  But it all doesnt seem to matter anymore  When you kissed me on last street, I kissed you back  You held me in your arms, I held you in mine  You picked me up to lay me down  When I look into your eyes  I can hear you cry for a little bit more of you and I  Im drenched in your love  Im no longer able to hold it back  Is it too late to ask for love?  Is it wrong to feel right?  When the world is winding down  Thoughts of you linger around  Have we lost our minds?  What have we done?  But it all doesnt seem to matter any...