Posts

Pindah

Image
Aku pindah rumah sabtu ni.. tapi hari ni keluar.. sebelum tu kena merempatlah mana2 yang mampu kan. aku bakal pindah ke tempat yang dekat je, ada di hujung sana. mungkin tempat ni lagi best sebab semua pun bujang. rules and regulation juga ada. so bestlah juga. taklah stress dan tak puas hati. kalau tak puas hati aku biasa berlalu pergi saja.. kalau yang ni tak ok, pindah juga. hiks nasib yang ni fully furnished juga. so aku hanya angkut baju-baju saja. tak payah nak susah2 beli itu ini. sewa pun murah. jauh lebih murah. aku tengok hari tu pun rumah ok je tak de problem. so hari ni kena kemas apa yang patut la. aku suka lagu bruno mars ni.. best.. sedih juga sikit je la

bersalah

Aku banyak buat salah. paling parah kalau kesalahan aku tu menyebabkan masalah lagi di kemudian hari. masalah yang timbul tu pun cepat je sampai aku ni jenis tak fikir panjang. Aku malas fikir, tapi sebab aku malas fikirlah masalah selalu datang bertandang. menyesal pun tak berguna hati je rasa sedih dan bersalah mulut pun tak tahu nak cakap apa hanya diam membatu aku tak tahu nak rectify masalah yang tak boleh nak diundur aku kecewa dengan diri sendiri banyak kali masa aku sedih dan kecewa, orang yang aku harap tenangkan aku pun kadang2 bosan dah nak tenangkan sebab memang salah aku. banyak kali begini aku nak kata apa pun tak mampu pendek akal kan.. ikut hati sangat sekarang aku rasa down, aku rasa sendiri saja. :(

Aku nak...

Image
Aku nak try la bungee jumping. di sunway lagoon sana. Macam best je kan.. lagi pun if terjun, kat bawah air.. (matila dah nama sunway lagoon kan) ada kawan aku dah buat . dia cakap best.. cuma ting tong je lah kalau dah terjun tu.. then kalau takut nak terjun mcm mana. baik berserah je.. ala2 terjun mcm bunuh diri tu.. lepas tu dia ckp mcm jantung jatuh kat bawah.. then bila dah terjun and tali meregang dan naik balik ke atas rasanya sangat bestttt.. so aku ni tengah excited ni... takut pun takut juga. tapi nak try sangat. nak rasa jantung nak jatuh tu.. hahha aku try boomerang ni di bukit merah hari tu.. best aku suka... even rasa macam terjun.. dan jantung jatuh berkali2... aku nak try yang lagi tinggi.. lagi scary.. tapi takut juga terbalik dan melantun keluar.. how? bungee jumping tu selamat lg rasanya... aku rasa nak buat next monthlaaaa.. p/s: pic tu aku google

Ku akui

Image
Hi.. sebenarnya aku tak tahu pun lagu ni wujud di dunia ni, aku tak pernah dengar di mana-mana . mungkin sebab aku ni kurang dengar radio. Aku dengar first time masa Juara lagu hari tu. aku rasa lagu ni best, music best.. kalau dia guna orchestra lagu hebak ni.. Lirik dia sedih, dia nyanyi pun sedih , macam nak nangis. aku suka dengar bunyi violin tu. masuk ke dalam hati.. macam dia tekan2. gituh.. hahaha Suara hafiz nyanyi pun best. aku ni tulis sebab nak memuji lagu ni je. hahahah bye "akan ku jaga sebaik-baik cinta ini"

hilang

Kalau kita ada kawan rapat kan.. hampir setiap hari jumpa, share cerita sama2. share pengalaman sama2.. share masalah, share macam-macamlah.. lepas tu jumpa hampir setiap hari. ketawa sama-sama ingat zaman dulu kala.. Kadang-kadang dalam sehari jumpa berkali-kali. sebab selesa nak berkawan.  lepas tu tiba-tiba dia dah tak macam dulu, dah tak nak kawan.. dah jauh diri, jumpa dah kurang.. dari setiap hari ke seminggu sekali. itu pun tak lama nak jumpa, asyik nak cepat. cerita dah makin kurang, dah tak happy macam dulu.. lepas tu lama2 jarang contact.. sms seminggu sekali bila dah berminggu , persahabatan jadi canggung, hilang langkah macam bosan dah pula rasa hilang.. kita nak kawan yang macam dulu..  tak apalah kan mungkin dia ada alasannya yang tersendiri Terima saja walaupun rasa kehilangan 

sedikit stress

aku nak pindah rumah boleh? nak tinggal sendirian.. tapi area sini nak sewa rumah mahal nak meninggal.. so apa solution? kena cari bilik je. tapi tu lah.. aku ni pelik sikit, kalau ada housemate sebulan tahanlah kot, lepas sebulan aku macam stress semacam, lebih2 kalau housemate yang suka duduk ruang tamu. hahahahaha aku keluar nampak dia, aku masuk pun nampak dia, nak lepak ruang tamu pun aku tak mampu so aku mula dah jadi tak keruan duduk di rumah ni. nak pindah sangat2. Haih macam manalah nak hidup ni.. aku memang jarang di rumah, tapi kalau boleh balik rumah tu terus tenang je.. aku kena ada housemate serupa aku, yang akan beramah mesra hujung minggu je. hari lain buat macam jiran.. say hi saja.. sila jangan nak conquer rumah itu baru best ini? haih... nak pindah how?

Happy New Year 2013

Image
Aku tak de azam rasanya.. aku cuma harap nanti semua plan yang bakal aku rancang tak de aral yang melintang pukang dihadapan.. Aku letih sebenarnya berazam setiap tahun, so tahun baru ni aku tak nak berazam sebab aku tahu aku pandai cakap je.. biarlah masa bawa aku ke mana2 dan bila aku sampai di mana2 tu, aku mampu buat.. so selamat menyambut tahun baru.. semoga yang diimpikan menjadi kenyataan.. aku godek2 camera jumpa pic ni.. ropanya aku ambik lamaaaa dah... rindu KK!!!!