Posts

BAJU

hari ni aku busy cari orang yang boleh jahit baju kawin so aku dah jumpa orang baju siang rm400 malam rm280 yey kira murahlah tu, macam baju hari raya je. So aku tenang dah sikit. Bahagian ni pun dah setel. next week kena tengok doorgift pulak apa sebab aku tak nak juga rushing2 nak stress pun malas. so kalau buat 1 minggu 1, rasa tak relex je nak plan. Nasib baik orang yang bakal jahit ni buat sampingan. so murahlah. hari ni dok umah je dengan kawan. sambil tengok view kat luar yng tenang macam kat kampung

KAD

aku tengah cari kad kawin dalan dua minggu ni juga. aku survey internet la banyaknya. aku nak kd yang simple je. kad yang boleh di buang tanpa aku rasa bersalah sebab membazir boleg gitu? tapi aku nak juga yang cantikla. tak naklah yang kertas potostet kan. aku nak juga kertas keras ke. ada design sikit ke. aku banyak la jumpa tapi paling murah yang aku jumpa dalam 45 sen sekeping. aku nak yang 30 sen sekeping. hahahah so tadi aku pegi karnival pengantin kat setia alam city mall. aku first time pergi karnival2 ni. bestnyaaaa..... banyak benda ada kat sana.. semua yang diperlukan untuk kawin. memang murah la. kad pun aku dah jumpa sana.. yeyyyyyyyy so kad dah setel. tunggu dalam sebulan gitu baru siapla... hehehe

sawang

Image
*sapu2 sampah dan buang sawang lama aku tak menulis kat sini, sebab internet aku gila. aku benci TM. aku nak mohon dari service provider lain tapi tulah, tak de choice. TM je ada Aku tak suka service dia. cam taik. btw, aku dah pindah rumah baru. yey!! matilah lepas sebulan baru bagitahu. tapi aku tak buat housewarming lagi, sebab aku tak reti. hahahaha lagipun aku sangat busy, busy sampai stress setiap hari. lepas fikir rumah ni, sekarang fikir nak kawinla pula. :) tapi aku kawin senang, tak banyak plan. biasa2 je.. sekarang ni tengah ushar baju.. yang ni cantik tak? aku google je gambar ni sebab nak cari baju putih aku nak yang begini. tapi model ni cantik dan slim aku tak cantik dan gedebuk besar kena diet ke aku suka baju ni sangatttttt tolongggggg

kisah seram mengguris hati

Ceritanya begini.. jumaat tu aku kerja sampai jam 3 pagi, balik rumah dalam jam 4 juga sampai coz lepak2 dengan kawan lagi. so sampai rumah mestilah aku tidur lewat sebab aku kena baca 9gag dulu. aku addcited. harap2 sekejap je aku addicted benda ni. so tidur dalam jam 7 pagi la juga. bangun dalam jam 10 sms sana sini lebih kurang then sambung lagi tidur dalam jam 12. aku dah janji dengan cousin aku jam 2 jumpa kat UITM. dia nak beli printer. aku sampai kat UITM dalam jam 3:30 aku nak cerita ni sebab aku nak bagitahu bahawa hari tu aku sangat letih dan tak cukup tidur. dipendekkan ceita, jam 11:40 malam aku tengok movie dengan kawan aku di alamanda.. movie tu habis dalam jam 2 lebih kot... pagi.. Then aku kiranya nak balik kat shah alam ikut kawan aku. sebab dia tak drive. tapiiii lepas hantar dia, aku balik ke cyberjaya aku masa tu mengantuk gilaaaa. letihhhh, moody semua ada. so, aku drive balik ke cyberjaya.. aku tak ikut jalan yang lalu dell tu, aku ikut...

U.s shift

Start hari selasa aku keja malam...shift 6 ptg hingga 3 pagi. Aku sangat2 happy sebab aku memang suka kerja malam.. Tapi sementara je sebab Ada client baru.. So kena support Ikut us time. Nanti bila dah stabil semua, tak payahla nak support malam. Aku suppose to be keja malam sampai 4 oct Tapi, Ada je yang tak best Team lain pula bising aku tak de,  Ala, aku support je team dorang, Bukan fully pun. Tetap la nak Tarik kegembiraan aku,  So, aku keja malam Minggu ni, next week Bukan aku, next week lagi keja malam. Kan bagus aku je terus. Apa masalahnya.. Bencilahh.  Tak sukahhhh

Riddick movie yang tak best

Image
Tau tak movie riddick ni yang mana.. Ala movie baru yang van diesel berlakon tu.. Poster dia macam best je.. Thriller mcm best..  Tapi.. Pelakon 12 orang je.. Banyak pulak cheesy scene.. Like.. Perlukah nak buat gitu.. Watak pompuan lak macam haram.. Dialogue tu je lebih kurang.. Kawasan situ je.  Macam drama taraf tv2. Baik tak ya tengok. Dahla aku tengok jam 1230 mlm Macam.. Kenapalah aku bazirkan masa tengok Benda alah ni. Baik tido. Memang tak best movie ni.  Teruk .. 3/10 . Aku bagi 3 sebab aku suka anjing dia.  Masa tengok pun aku macam nak marah. Script bodo. Jalan cerita? Lagiiiiiiiiiiiii bengong.  * marah Pic tu blur pulop

Balik kerja

Image
Aku Balik away tadi, jam 6:30, so happy la heheh. Jarang ni berlaku. So kits Kena raikan dengan melepak2 tepi opis.  Dalam aku melepak tu.. Aku tengok sunset cantik pulop..  Aku try snap. Tak secantik yang mata aku nampak. Mata aku capture sangat cantik.. Camera phone pulak... Tak cantik sebab aku tengah drive juga..  Tapi cantik sebenarnya.. Aku suka.. Happy je rasa. Lalalalalallalalalalallalllal