Reunion 24-26 dec (part 2)
Adapun perjalanan hari kedua sememangnya kami nanti-nantikan kerana kami ingin berenda di tab mandi terbuka poring. Seawal jam 8 pagi kami menuju ke Poring yang hanya mengambil masa 15 minit dari penginapan kami.
*gambar yang kami ambil di sekitar poring sangat dasyat untuk dimasukkan di sini..kami berendam dan bermain sehingga hampir jam sebelas pagi
inilah kawasan poring...



Ini gambar menaiki jambatan gantung.. agak susah untuk bergambar kerana gajah-gajah yang lalu menggegarkan laluan hingga tangan pun ikut bergerak.. cilakak kau gajah!!!!!
*gambar yang pertama aku ambik dari mr.google..
Setelah kami puas berendam di sana dan di sini, bermain gelunsurg sampai sakit sendi, berenang sampai hampir lemas, menggigil sampai jadi mayat, kami mengambil keputusan untuk berehat dan menukar pakaian untuk ke destinasi seterusnya.
Di mana?... yaaaa.. aku lupa namanya.. hahahah.. yang penting tempat ini ada ikan kecik2 yang makan sel2 mati di kaki tu.. apa nama tempat ini ah??..na... ingat sudah aku.. kampung Luanti. kami datang sana hanya bergambar saja sebab mahal... (matila semua orang miskin) rm10 satu kepala untuk satu jam.. eh ka 15 minit?.. aku lupa sudah. kami hanya mengambil peluang untuk bergambar-gambar dalam pelbagai bentuk.. (jangan heran! kami mampu bertukar dalam pelbagai bentuk benda!)



Hanya mereka ini yang bergambar manakala rakan lain sibuk makan aiskrim di kedai runcit..
Setelah mereka ini puas melentok sana sini untuk bergambar (matila semua jadi sotong meliuk lentok).. hehehe.. kami pun segerelah menuju ke destinasi yang kami tak sabar untuk sampai...
Yaaaa... rumah T-ja yang terletak di Lohan berhampiran penginapan kami. Kenalkah anda pada T-ja?.. ini dia... aku ambik gambar kegemarannya untuk di tampal di sini.. kalau tidak kenal, aku pukul kamu!!!
Iinilah T-ja, yang berbaju kurung biru ya.. bukan yang kecil itu.. itu adik tiya.. heheheh.. jangan juga salah sangka, T-ja tidak memakai baju kurung seharian, gambar ini di ambil di lokasi yang berlainan.. malula aku menjadi mamarazi yang over. baru jumpa terus2 bergambar.. mamarazi pun pandai malu.. *koma tepi gas..
kami makan di rumah T-ja.. nyum nyum nyumm.. sedap..menurut yang empunya rumah, hidangan yang disediakan adalah khas untuk kami..
*nanges terharu sambil lap2 air mata guna hujung lengan baju..
Terima Kasih T-ja dan keluarga... owh jangan di sangka pertemuan kami dengan dia sampai di sini sahaja kerana hari ketiga kami bakal bersama jugaaaa...
Pada jam 2.30 petang setelah berjanji manis untuk bertemu dan bersua dalam jam 5.. kami pun berangkat pulang untuk berehat dan tidurrrrr...
apa?.. jam 5??... siapa yang cakap nak bangun jam 5?.. tiada.. semua koma.. tidur tidak ingat dunia.. paling awal pun semua bangun waktu maghrib dan ada yang terlajak hingga jam 7.30. dahsyat tak?.. iyaaaa... memang begitula janji si Oto'...
Kami hendak ke mana?.. owh kami ingin makan malam di luar dan makan sehingga kenyang serta bersiar-siar..
kami makan di sebuah warung yang di beri nama?.. lupala... inilah gambar kesemua ahli yang mengikuti reunion kali ini.





hah!!! inilah gambar kami melantak secara berjemaah diiringi bunyi cengkerik yang berirama indie. Ada pun janganlah syak wasangka dengan pose2 yang mampu mengundang spekulasi kerana memang begitulah itu..
ingat kami dah puas pose2 untuk majalah?.. puas bergambar?.. owh tidak.. pelbagai aksi lagi digambar untuk kenangan dikemudian hari. Kami seterusnya menuju ke Pine Resort untuk mengabadikan kenangan sempena pertemuan kali ini. Sememangnya Resort ini menjadi impian hati tapi apa boleh buat nak.. Mahal, jadi tumpang bergambar sajalah...

aku suka ini gambar.. macam cantik la... hehehehe
yang depan tu solo.. kami mau bernasyid ni..

macam cover album boyband kan.. nama group.. KINABALU PINE RESORT.
matila masuk fun fair pun ndak di kenal.....
ada yang naik ke atas resort.. kami yang lain hanya duduk di pintu gerbang menanti yang lain. Malaslah naik.. sejukkk.. kami berlakon saja tu seolah2 mampu menahan kesejukan... seterusnya kami ke warung lagi.. matilah.. minum lagi.. sejuk ba.. terpaksa mau minum air panas selalu. itu pun panas dua minit ja, sejuk balik... perrrgghhh macam manala orang-orang sini tahan setiap hari pun sejuk...

lepas kami minum-minum dan borak-borak lebih kurang kami pun baliklah ke rest house untuk berehat kerana perjalanan keesokkan hari adalah jauhhhh..
p/S: nantikan hari terakhir pertemuan kami..


Comments
fiffy... bali nak.. mau kau ikut? tolong luk riki2 harga semua sana.. bajet segala.. hehehhe
atau....
Langkawi?...
bali pun ok.. mana lagi murah ah..
aku rasa dorg deera on ja tuu