Kawan karib sekolah rendah
Dulu aku ada kawan karib, biarlah kita panggil dia si DINA. (bukan nama sebenar) . Dina ni jadi kawan aku sejak di tahun satu sampai tahun 6.. sekolah rendah la.. mula-mula di tahun satu kami sebenarnya bukan kawan pun, tapi bila tengah tahun tu kelas kami dicampurkan. so jadilah kami kawan karib. sebab apa, sebab kami berdua kira ketua kelaslah.. bila gabung jadi kamceng sangat-sangat.
Dina ni anak orang kaya, so dia ke sekolah naik kereta. macam bas sekolah, tapi di kampung aku naik truck. lepas tu bayar 30 ringgit sebulan. aku pula masa tu manalah mampu, so aku jalan kaki sahaja. Walaupun kami tidak ke sekolah bersama, tapi di sekolah kami kawan baik.
masuk tahun 3, aku pun naik basikal ke sekolah sebab basikal ni abang aku punya, bila abang dah naik ke tingkatan , akulah ganti naik basikal dia. basikal dia basikal tua. kau mampo? aku nak naik pun tinggi, so aku selang kaki di tengah2 tu. Dina pun nak ikut jejak aku, dia suruh ayah dia belikan dia basikal , ayah dia belikan BMX. so naiklah kami ke sekolah bersama-sama.
bila tahun 4 aku dah ada bmx, so kami berdua jalan awal ke sekolah dalam jam 6 pagi, sampai di sekolah jam 6.20 pagi.. masuk sekolah jam 7.20 pagi. awal kan kami, kadang-kadang sekolah gelap gelita kami dah sampai. Dina juga suka ke rumah aku selepas waktu sekolah, sebab dia tukar baju untuk ke sekolah agama lepas sekolah Kebangsaan. rumah dia jauh dari sekolah agama. rumah aku dekat, so dia stay dirumah akulah.
Bila hari raya, aku suka ke rumah dia. sebab rumah dia kuih sedap sedap. haha. aku dan kawan-kawan lain akan jalan kaki ke sana. then dari rumah dia, kami bawa dia pula ke rumah kawan yang lain.
Bila tahun 6, kami masih rapat, tapi ada seorang budak baru nama Nurul, nama betul dialah. tapi bukan nama penuh. memang orang kata budak baru selalu menjadi perosak hubungan kan. hahaa. Nurul ni masuk2 dah femes, sebab dia sangat cantik. macam mix. panggilan pun Mel. Aku dengan Nurul pun jadi rapat, ntah macam mana aku lupa. tapi Nurul dengan Dina ni tak rapat sangat. sejak dari hari tu kami dah renggang.
Bila masuk sekolah menengah, aku dan Dina satu sekolah. Di Kota Kinabalu, manakala Nurul masih di Kota Belud , sebab result UPSR dia kurang memberangsangkan. Aku ingat persahabatan aku dan Dina akan bertahan, tapi tidak. Di sekolah baru dia rapat dengan orang lain walaupun kami tinggal satu asrama. Aku juga rapat dengan orang lain. kami masih berborak macam biasa tapi kami tidak semesra dulu.
Bila aku ingat dia, aku sedih juga. Dia baik, baik sangat.
Kawan baik aku sebenarnya boleh dikira dengan jari. sekolah rendah seorang sahaja, dia.
Comments
jejak kasih sangat nantii..