Posts

Kecewa

Image
Perlukah nak last minute macam ni. Aku check email lewat At least smsla aku or call awal2 supaya aku boleh sedia.. Haih...

perbelanjaan

Image
Semua macam tak cukup je sekarang ni.. nak masuk rumah kena beli perabot.. perabot pula bukan murah uwaaa.. aku nak beli second hand je tapi aku rasa still mahal aku tak nak ansur2. nanti susah lagi nak bayar. yang paling penting peti sejuk.. yang ni dah book dengan kawan. dapat 400. Ok lah dari beli baru. mesin basuh- tengah cari tapi ada kawan yang boleh tolong dapatkan samsung dengan harga murah sebab dia kerja kat samsung tilam- yang ni op koslah aku tak nak second hand. aku nak baru. kawan cakap dia boleh tolong juga. hahaha matila semua kawan aku cari balik semata-mata nak beli barang. tv? perlukah beli tv? aku nak pasang unifi. so kena ada tvlah baru rasa taak rugi kan.  tapi kata nak jimat, so put tv on hold dululah kan. guna laptop je tapi tv kan penting. tv tu macam keperluan dah sekarang ni. hahahahahahaahahah beginilah.. if ada tv murah.. kita beli. if tak de.. nanti2 la kan.. lepas tu aku nak sofa juga. tak kan masuk ...

karenah bos..

aku sebenarnya bergaduh dengan bos jumaat lepas.. raya ke-2. sampai aku nak resign. gaduh besar. sebab kecik je. tapi aku tak tahu kenapa bos tu jadi begitu. dia macam tak tahu berfikir dan tak logik. Al-kisahnya macam ni, aku tak dapat cuti kerana di jangkakan kerja akan banyak sebab hong kong tak cuti dan semua pekerja melayu bercuti. oleh sebab aku ni junior, tak sampai setahun pun so aku kena mengalahlah. Aku tak kisahlah tu. hari khamis tu aku datang kerja, raya pertama .. kerja tak banyak sangat. dalam hati aku, if jumaat pun kerja sikit, aku nak amik half day. sebab kerja memang tak boleh dijangka. so hari jumaat tu, aku datang kerja and tengok kerja kurang. so aku bagi email kat bos aku, minat half day. so kalau minta half day, kerja sampai jam 3 je. tahu apa dia buat lepas dapat email tu? dia panggil.. dia tanya kenapa last minute aku minta half day. aku jawap kerja tak banyak. so aku nak half day. dia cakap aku tak jawab soalan. dia tak nak jawapan n...

selamat hari raya

Image

Hari Raya eve

tahu apa aku buat tadi? aku temankan kawan pegi jalan TAR then pegi uptown shah alam. Dalam jam 9 lebih kami pegi jalan TAR tu. luar biasa. Sesaknye. memang aku tak naklah ke sana lagi pelbagai bau ada.. pelbagai ragam berjenis-jenis gelagat yang tak tahan tu sesak sampai bertolak-tolak. nak pegi mana pun tak tau. memang tak dapatla nak ke sana lagi. aku tak nak katakan tidak kepada TAR di malam raya. lepas balik dari jalan TAR kami ke uptown sebab tudung yang nak dicari tu tak jumpa. Macam mana nak jumpa kalau manuasia kat sana ramai. siap ada yang berjoget2. tak faham aku. sampai uptown, lengang je.. kedai pun banyak dah tutup. last-last beli sana je. puas hati.

sedih

aku sedih ni.. sebab aku nak raya tapi tak dapat raya. nasib dua minggu lepas aku dah balik kampung so tak de la aku rasa lonely mula-mula aku tak rasa sangat suasana raya ni tapi lama-lama aku nak raya juga sebab semua kawan-kawan aku excited nak balik kampung. dah balik dah pun. aku jadi runner ke airport. huhuhu aku rindu nak join raya.. uwaaaaaaa mesti best raya. tak apalah. nanti hari raya haji or tahun depan aku balik kg la. aku core leave 10 hari trus. baru puas hati. huhuhu aku rindu nak busy2 malam raya uwaaaa.. btw, aku nak mohon masuk uitm ni. amik forensic accounting. baru apply semalam. doakan aku dapat. kalau tak dapat. diam2 je la.. rugi rm50 je beli pin BSN tu tapi mengharap ni dapat..

nafsu makan

Image
aku ni kalau imagine nak makan apa memang nombor satu ni . tadi aku dah makan nasi goreng kampung tomyam campur kailan ikan masin makan dan kenyang.. lepas tu makan apa lagi? aku macam tak puas hati. perut aku dah kenyang. tapi aku nak makan daging sangat-sangat so aku surveyla makanan .. suruh kawan survey. steak kat shah alam mana yang sedap last-last dia cakap makan kat william je sampai kat william aku order steak tapi dah habis. order avacado coklat, dah habis juga. so order beef ribs kawan order chicken premium habis ke? aku makan dua kali potong dah kenyang.. huhuhu tengok baki? macam tak sentuh langsung kan.. kawan tu pun sama.. huhu.. tapau je laaaaa so sila kontrol nafsu masing-masing memang nafsu ni celaka sket.. nak juga suruh makan even perut nak pecah gituh