karenah bos..

aku sebenarnya bergaduh dengan bos jumaat lepas.. raya ke-2. sampai aku nak resign. gaduh besar.

sebab kecik je. tapi aku tak tahu kenapa bos tu jadi begitu. dia macam tak tahu berfikir dan tak logik.

Al-kisahnya macam ni,

aku tak dapat cuti kerana di jangkakan kerja akan banyak sebab hong kong tak cuti dan semua pekerja melayu bercuti. oleh sebab aku ni junior, tak sampai setahun pun so aku kena mengalahlah.

Aku tak kisahlah tu.

hari khamis tu aku datang kerja, raya pertama ..

kerja tak banyak sangat.

dalam hati aku, if jumaat pun kerja sikit, aku nak amik half day. sebab kerja memang tak boleh dijangka.

so hari jumaat tu, aku datang kerja and tengok kerja kurang.

so aku bagi email kat bos aku, minat half day. so kalau minta half day, kerja sampai jam 3 je.

tahu apa dia buat lepas dapat email tu?

dia panggil.. dia tanya kenapa last minute aku minta half day.

aku jawap kerja tak banyak. so aku nak half day.

dia cakap aku tak jawab soalan. dia tak nak jawapan ni. dia nak jawapan lain. dia cakap dia bos, dia tau kerja banyak ke tak.

aku cakap, memang itu alasan dia. aku nak half day sebab aku tak de kerja, if aku duduk sana buat bodoh pun apa guna.
dia cakap lagi, bukan itu jawapan dia nak.

so dia nak apa sebenarnya?

aku tak faham.. dah jujur aku cakap tu sebabnya.

then aku cakap tak yah bagi half day lah senang.

then aku bagi email lagi suruh cancel cuti aku minta tu.

then dia bangun and cakap kuat2 depan semua orang, dia tak boleh handle kerja dengan budak-budak.

aku tak fahamlah bos ni..

then dia panggil aku 1 to 1 bincang dalam opis. aku bengang and cakap aku tak nak.

ok kes ni kecik.

1) aku minta cuti.

itu jeeee

if lulus cakapla lulus, if tak cakaplah tak. perlukah nak tanya last minute kenapa. bukannya aku ni wajib sangat bercuti tu. kalau tak nak bagi. janganla bagi. perlukah nak bengang bagai and tanya soalan yang dia je tau jawapan dia.

bongok.


Comments

Popular posts from this blog

Reunion 24-26 dec (part 2)

SMK Abdul Rahim (2)