Reunion 24-26 dec (part 1)
Baik kamu panggil bomoh buang jin yang masuk dalam badan aku ni.. Tiba-tiba sahaja aura kerajinan untuk menaip telah melanda dengan jayanya dan aku telah mengambil keputusan untuk menceritakan kisah reunion ke-tiga yang berlangsung pada tarikh seperti yang tercatat.
*matila reunion kali ke-tiga baru nak cerita kan?.. heeheheh
Hari pertama perjalanan ini sememangnya mengundang kesedihan dalam hatiku(ayattt), aku jangkakan ramai yang akan bersama, aku inginkan sahabatku yang sepuluh orang dapat bersama. Tapi apakan daya, semuanya sudah mempunyai komitmen yang lain. Mereka sememangnya ingin bersama tapi aral yang melintang pukang menyebabkan impian tergendala.
Aku sendiri ke Kota kinabalu dengan hanya menaiki teksi seawal 8.30 pagi dari daerah kecil Kota Belud.Perjalanan yang mengambil masa selama sejam 30 minit mengundang kegembiraan dan kedukaan di hatiku. aku tidak sabar untuk bertemu kawan-kawanku tapi kawan-kawan yang tidak dapat hadir menyedihkan aku. aku cuba untuk bergembira.
Jam 10 pagi aku sampai di Kota Kinabalu. Mengikut perangkaan, aku akan di jemput oleh Ghozali, Deera, Day , dan S yang seterusnya akan bersama mengharungi perjalanan ke kundasang, Ranau.


Ini day dan s yang happy bergambar di bahagian belakang...aku (yang snap la), ghozali (driver), deera(co-driver).. pemandangan di sebelah kanan merupakan jalan menuju ke UMS.. sungguh indah lautan yang terbentang.. (aku sayang kota kinabalu)
kami terpaksa berhenti sebentar di UMS untuk mencuci ayam dan ikan yang bakal kami panggang pada malam hari.(tiada tempat lain kah???)
kami meneruskan perjalanan untuk ke Ranau dengan semangat yang berkobar-kobar dan bukan berkibar-kibar... kami melalui jalan yang penuh berliku, jurang yang curam, jalan yang licin, lori yang lambat, bak kata, semua masalah kami lalui dengan semangat yang tidak putus semata-mata untuk ke ranau (matila ayattt!!)
setelah semakin sampai di kawasan ranau.. jalan semakin berkabus.. dan kami mengambil keputusan untuk berehat sebentar dan pose2 seperti beruang yang berkulit tebal menahan sejuk...

kami meneruskan lagi perjalana untuk ke Kinabalu Park dan menuju ke Kaki gunung untuk melihat gunung kinabalu secara lebih dekat.

mesti hairan kan kenapa tiga orang gadis ini sahaja yang menjadi mangsa mamarazi.. bukan begitu cik kak semua.. ini kerana, hanya team kami yang sampai dahulu pada hari pertama ini. Manakala, team yang lain masih berkerja dan ada yang masih di dalam perjalanan. Harap maklum.. Aku pun apa lagi, berbekalkan camera telefon (matila tidak canggih) sibuk mengambil gambar2 untuk tatapan di kemudian hari..
ini adalah gambar di kaki gunugn yer adik-adik, bersama model tidak berbayar kita..



matila muka kamu semua pelik.... hahahha....sebab kamera ni tak canggih oiiii..
setelah kami puas bergambar di kaki gunung dan merehat kan kereta yang telah berbau akibat mendaki terlalu tinggi, kami pun turun ke taman negara dan sempat mengambil gambar di sekeliling...



adapun janganla hairan dengan saiz gambar, memag begitulah nak.. terimalah.. dan jangan terkejut dengan aksi yang keterlaluan kerana.. memang begitula itu... hiks..
setelah kami puas2 duduk2 dan bercerita di sini.. owh lupa, bayaran untuk masuk ke taman kinabalu ialah RM3 sekepala dan tiket ini boleh di gunakan di semua cawangan taman sabah di kawasan berlainan.
kami seterusnya ke kundasang untuk melihat sendiri keindahan New zealand @ sabah yang sentiasa di war war kan melalui media waktu. kami mengambil pendekatan untuk bertanyakan penduduk kawasan berkenanan akan letaknya desa lembu (apa nama tempat tu ah).. penduduk berkenaan rupanya seorang Orm.. kami tersilap kerana kulitnya putih tidak seperti orm lain.. hehehehhe...
dan... kami sampai.. sangat indah kawasan ini.. membuat aku ingin menjadi warga kandang lembu dan hidup bersama lembu..(erkkkk??)






ini merupakan 1% dari keseluruhan gambar yang diambil.. aku pening untuk memilih dan inilah sahaja yang aku mampu pandang.. yang penting sangat cantik di kawasan itu. kami juga sempat membeli susu yang dihasilkan oleh lembu2 berkenaan di kilang yang berhampiran.. (day dan deera yang beli)..



sedap.. ..
*note: bagi ke semua tempat, suhu adalah sejuk tetapi kami berkulit beruang.. kami mampu menahan sejuk.. (padahal menggigil)..
seterusnya kami pun meneruskan perjalanan ke tempat penginapan kami iaitu LOHAN REST HOUSE. tempat yang boleh tahan dengan harga yang berpatutan.. bilik besar boleh memuatkan lima orang dengan harga rm110 semalam....
seterusnya.. kawan-kawan lain mulai datang , yang pertama furqan. kemudian awg dan kie, kemudian faizal,act dan fiffy...
mereka sampai hampir maghrib dan kami bersama2 dan bergotong royong memanggang dan makan malam...
ini antara gambar-gambar yang sempat saya rakamkan.. guna fish eye.. *pitam sebelah si S..



*kami juga sempat dihiburkan oleh yuna a.k.a day dengan lagu yang popular masa kini.. "enjit-enjit semut" dengan suaranya yang memukau kalbu.
*ini antara santapan yang kami makan.. jangan dihairankan dengan baju yang formal kerana dia baru balik kerja... lelaki yang bergitar di hujung sekali ialah artis dari indon.



ini antara gambar orang-orang yang kenyang...
opssss.. jangan di sangka malam hari mereka kenyang... tidak sekali-kali.. kami semua (kecuali dayana) telah berkonvoi untuk mencari seteguk kopi di kawasan sekitar.. dan berjaya mencari gerai yang buka pada jam 11 malam. kopi panas yang dihidangkan hanya mampu bertahan selama dua minit dan kembali sejuk.. jika dibiarkan selama lima minit.. seperti meminum air sejukk... sejuk nyaaaaa....
sambungan part 2 akan menyusul..



Comments
letak ba nama kamuuuu
kau s ka...
letak nama kau
lily
*contoh.. gila kamu.itula pasal.. aku pun seminggu sakit.. dari sejuk ke panas kan..
ba tidur duluk aku ah nak... jan lupa kau tgk2 pic dulu2.. hehehhe
apa lg bila terkenang mulut si furqon minum?? hahahaa...x leh di lupakan...ayat SEMATA-MATA pun tetap jadi ingatn nie...cm itu la tajuk lagu nya..x leh sebut sungai lui lagi tajuk nya...hehehe..
happy betul kn..next time..kita wat g..tp bukan reunion..trip jer jln2...x mo reunion tuk sapa2 yg x dtg..kita2 ja...sapa mo join..sila kn..hehe