Reunion 24-26 dec (part 3)
Kami berjanji untuk berkumpul pada jam 7 pagi untuk turun dari Ranau dan menuju ke Kota Kinabalu. Apa?.. jam 7?.. tiadalah jam 7. Jam sepuluh baru kami berangkat dari Rest House. Memangla janji tidak boleh pakai. Bukan apa, situasinya membuatkan kita sukar untuk bangun. Tidak juga terlampau sejuk tapi siap on aircond.. menambahkan lagi kesejukan. pergghhh bergulung dalam comforter memang sangat best...

*Day mengemas barangan sebelum berangkat.
Kami berkonvoi dengan empat buah kereta.. Kami berjanji dengan T-ja dan yang lain-lain untuk berkumpul di Petronas Ranau sebelum meneruskan perjalanan kami. Sampai sana?. nada.. tarak.. tiada.. tunggu-tunggu tiada juga. Deera call T-ja dan T-ja menerangkan mereka yang lain telah bersama-sama meneruskan perjalanan.
huh?.. mereka tinggalkan kami?.. ini tidak boleh jadi.. kami mula merasa tidak puas hati. mentang-mentang kereta mereka hebat. mereka tinggalkan kami?.. tak apa kamu... Kami memang mula menjangka kami akan tertinggal di belakang sekali lalu mengambil keputusan untuk berhenti sebentar di Gerai buah-buahan dan sayur-sayuran di Kundasang.
Di sana juga kami bertemu kembali dengan yang lain.
Kami bersama-sama meneruskan perjalanan ke Kota Kinabalu. Oleh kerana menuruni gunung.. aku mula pening-pening kerana jalan yang berliku-liku. Belum sempat belok habis.. nak belok lagi.. belok lagi dan lagi dan lagi dan lagi (na gilaaaa).. Driver kami Gho mengeluarkan kepakaran drift yang dipelajarinya sedari kecil (matil drift guna Unser) membuatkan kami bergerak laju dan sampai di Kota Kinabalu 45 minit awal daripada yang lain. Perrrghhhh... hebak mu... na?.. sekarang siapa yang tinggal.. ?.. hohohohoh.. (matila tiada yang ajak berlumba pun..)
Kami tinggalkan kereta Unser di Rumah Dayana (memang dia punya pun) dan bergabung dengan yang lain. (Dayana tidak dapat mengikuti kami ke Destinasi seterusnya. Kami ke mana?.. Saksikan gambar ini...
siapa yang kawen kan?.. sangat berterabur hingga pengantin tidak dapat di kenali. Adapun kami sampai lewat. jadi hanya kami tetamu pada masa itu. Pengantin pun dah tidur dah.. eh pengantin lelaki ni sahabat kami. En.Fhaza. kenalkah anda?.. alah yang main tabur dengan kompang dulu2 tu.. kanan dia main kompang. Kiri dia main tambur?.. cam mana tu ah?.. dia ketuk2 kali kan?. mcm kulintangan.. hehehe...
*pengantin yang berbaju kuning bertopi koboi. di gambar terakhir.
setelah bercerita, bergambar, makan lebih kurang kami pun berinut la dan meminta diri untuk balik ke Kota Kinabalu. Majlis ini diadakan di Sipitang. yang sejauh 120km dari Kota kinabalu. kami sebanyak tiga buah kereta berkonvoi kembali ke Kota Kinabalu meninggalkan Nadirah di sana( di keja sanalah).
setelah aksi potong memotong berlaku dengan jayanya...Kami pun sampai di Kota Kinabalu sewaktu malaysia menentang Indonesia di Stadium bukit Jalil.
kami sempat berkumpul untuk makan di Kopi Tenom cafe ke town?.. tenom town?.. matila aku dah lupa. borak-borak lebih kurang kami pun balik. letih. Malam itu kami yang lain tidur di rumah T-ja dan bergossip riang sampai pagi..
*aku tak lah cerita details nanti pening di baca.. hehehe
catatan penulis: ada kamu catatan bagai? hehe.. personally aku rasa gembira untuk berjumpa dengan kawan-kawan aku walaupun yang lain tidak dapat menghadirkan diri. aku seolah-olah berpijak kembali di bumi yang nyata dan sama-sama mengenang kembali kenangan-kenangan yang lalu. Terima Kasih yang hadir. Setiap seorang daripada kamu sememangnya memberikan kerjasama yang baik.
Bila lagi nak Reunion?.. tanya deera... *matila deera pening-pening... Jom Bali weiii






Comments
bising+kecoh.. mesti aku jalan jauh2 pura2 ndak kenal. hahahhaha
-act-