Impian
kadang-kadang kita mengimpikan untuk menjadi orang lain. sesorang yang lebih baik, lebih cantik, lebih kaya, lebih pandai, lebih bergaya lebih mulia dan lebih segalanya. Itulah impian.. sesuatu yang ingin kita miliki. semua orang mengimpikan untuk menjadi seseorang. seseorang yang lebih baik. Kalau dah baik tu tak la nak impikan apa-apa. kan?
Waktu aku berumur 17 tahun aku mengimpikan sesuatu. Aku menginginkan lebih yang aku mampu. Aku mahu belajar di UITM, Lepas UITM aku mahu ke oversea untuk further study. bekerjaya. Menjadi wanita korporat. Itu semua aku impikan. Negara yang paling aku ingin lawati Italy dan Jepun. Aku ingin bersalaman dengan Tun Mahathir. Aku ingin jadi cantik. (^_^). Aku ingin menggembirakan hati kedua ibu bapa. Aku ingin binakan mereka mahligai. hanya untuk mereka berdua.
Tapi?..
Harus semua perkara yang kita rancang ada tapi. Ini sememangnya akan berlaku sekalipun kita berkemampuan untuk melakukan. ini semua berkaitan dengan pilihan dan kos lepas. Semua yang aku inginkan menyimpang dari apa yang aku impikan. aku jadi hopeless. Mungkin di pandangan mata aku menjalani kehidupan seperti yang lain. Tapi kehendak yang tidak dapat dituruti sememangnya memakan tulang belulang yang menampung jasad ini. Jika diamati, aku tidak mengecapi apa-apa.
fikir...
fikir...
fikir...
TIADA.
kenapa?.. aku tidak menyalahkan apa. Ini semua salah aku. Aku tidak mencuba yang terbaik untuk mendapat apa yang aku mahu. Aku hanya mengimpikan tapi tidak pernah berusaha untuk menjayakan.
mungkin ada yang lebih baik akan menjelma..
Ya, aku gembira..
Ya, aku bahagia..
Tapi...
masih kosong....
Comments