Kawan Alam Maya

Kamu ada kawan yang kamu berkawan tapi tak pernah berjumpa?.. lebih2 di zaman yang serba canggih ni. mesti ada kan?. 

aku mula berkawan secara tidak maya, tapi boleh di anggap maya sebab kenal melalui sms. hahaha. aku sampai sekarang fikir-fikiir macam mana boleh ada number dia, dan dia ada number aku.

Perkenalan bermula zaman tok kadok. tahun 2004 tak silap aku.  masa tu telefon pertama aku nokia. nokia aku masa ni canggih dah.. bukan 8310 ah.hahahaha.  aku ingat lagi, kakak aku bagi telefon ni sebagai hadiah birthday. oleh sebab penggunaan telefon yang jarang masa ni. Kira kawan-kawan aku bukan semua pakai phone masa ni. Nak sms pun tak tahu siapa. Nak call pun , ntah mahu call siapa. Nak top up?.. harus merayu2.. 

*matila bilalah nak sampai cerita aku kenal orang ni.

ceritanya bermula dengan main2 miscall.. kalau orang miscall aku dulu2 aku suka.. terus main2 sampai berhari2.. sekarang?. kau miscall la.. ada aku kejar guna parang. budak budak bolehlah.. besar2 ni macam nonsense pulak main begitu. Habis je battery.

orang pertama kawan aku miscall ni orang KK, masa tu aku di Kudat. lepas begitu, mula lah sms, sms bagai nak rak. tak habis habis. ada jer cerita. sampai cerita luahan perasaan. Kira dia kawan baik dalam sms jer. Jumpa tak pernah. persahabatan ni lama.. sampai sekarang la. Tapi sekarang dah jumpa dah. tengok muka pun dah bosan. hahaha.

Owh ya persahabatan kami melalui sms dari tahun 2004 hingga 2009.. Hah! ingat sekejap?.. lama okey. dahla sms hampir 100 sms setiap hari.dia  kawan rapat yang tahu semua. sebab kadang-kadang kita tidak selesa cerita hal kita dengan orang yang kita kenal kan.

Selain dari dia.. ramai tapi yang bertahan melebihi dua tahun tu tiadalah.. 

owh ya.. aku ada juga kawan melalui tagged.. *pengsan.. nama dia husain ka.. hosni ka.. matila aku berkawan dengan hosni mubarak rupanya. hahha.. aku lupa tapi kami ada juga call2, sms, dia baik. aku rasa dia dah meninggal la.. sebab last thing aku tahu pasal dia, dia admitted di hospital sebab heart attack. dia dalam 30 an. al-fatihah kalau dia dah meninggal atau hidup.

lepas tu, aku guna mirc. aku start guna mirc ni tahun 1999. tapi nak cari geng tiadalah sebab internet access memang limited sangat. tahun 2006 aku start guna mirc balik tapi tak da geng yang kamceng. so, tahun 2008 aku aktif di chatroom sabahan.. aku kenal ramai orang sana, then tukar-tukar ym terus jadi rapat. lepas setahun dua dah tak rapat sebab aku dah tak masuk mirc. hiks. (maksudnya tidak rapat sangatla ni)

dalam Ym pula, aku kenal seorang ni. Pelajar UPM masa ni dia. kami suka chat sebab dia gila. kami share lagu best, movie best. kadang-kadang aku buatkan assignment untuk dia. boleh?.. hahhaha.. bukan kadang-kadang tapi selalu. asal ja subject BI dia, dia forward dengan aku. adakah aku dipergunakan?.. aku rasa tidak sebab aku suruh dia ajar aku finance. hahaha..  kami kenal tahun 2008 sampai sekarang. masih chat di YM. jumpa tidak pernah. kami cerita hal-hal politik hingga ke peribadi. hahaha

aku rasa kawan aku yang secara maya dah lama dua orang ni jer. itu pun beransur hilang sebab dah jarang aku sms. dulu rajin. aku suka persahabatan begini. tidak payah jumpa tengok muka pun boleh menggembiraakan.

p/s: kamu ada juga kawan begini kah?




Comments

tiefazatie said…
wah...dasat c lily nie rupanya..hihi..

erm..ak lupa sdh...cm teda ja nie..haha
ating said…
tiada fa?.. kau biar benor?.. langsung tidak pernah?..
Anonymous said…
day>>> haha...ko la jg lily...aku ni jnis x brani bkwn org yg aku nda knal..kang dia jd stalker aku mati la..hehe...

bes jg lau dpt kwn mcm 2...mcm2 kta leh share..
ating said…
Semua org di facebook kau tu day kau rapat? Entah2 stalker. Hahahaha

Ada lagi aku nak remove ni.. Hahahahaah.. Lama2 fb aku tutupla ni..

Bestla kawan begini.

Eh ada lagi pula sorg.. Aku lupa.. Hahaahah.. Nnti aku tambah..hiks
zana said…
hahahahha....lagi sorang tu yg ko cita sama aku tadi ka? ko ni lily..jgn la tutup fb...xda nk share gmbr nanti..hahaha.p/s: bising nya bunyi mercun d luar sana...(smbil ckp dgn panda si lily..)hahaha
Unknown said…
assalamualaikum..best baca pnglaman ko ni..tringat aku org yg suka miscall2 suka dgar caller rington ku..hrp2 1 hri kita blh jumpa lg..insyallah
mr.maz24@gmail.com

Popular posts from this blog

Reunion 24-26 dec (part 2)

SMK Abdul Rahim (2)