Perangai kanak-kanak
Tadi masa kelas tengah berlangsung, seorang murid perempuan ingin menumpukan sepenuh perhatian terhadap kerjanya.
Manakala, di meja belakang dua orang murid lelaki berbincang dengan kuat.
si murid perempuan bertempik! (matila ayat kono)..
"silent.. kenapa bising.. syutttt"
Aku hanya membiarkan dan melihat mereka.
Si murid lelaki meneruskan perbincangan dalam suara yang perlahan.
Si murid perempuan mengambil keputusan yang drastik dengan meninggalkan tempat duduk dan beralih ke tempat duduk belakang.
Aku termanggu... wah! mungkin si anak ini sangat mementingkan etika kelas sehingga tidak boleh berbisik berdekatan dengannya.
Aku hanya membiarkan.. aku meneruskan kerja-kerja menanda buku sementara mereka meneruskan latihan yang di berikan.
Si perempuan tadi memangggil,
"teach teach, they sangat bising".. (bahasa mereka memang rojak+gado-gado)
aku menegur kedua murid lelaki itu..
Si murid perempuan menunjukkan muka marah kerana konsentrasinya terganggu. Mukanya tergambar kemarahan.
aku berfikir " sungguh matang budak ini"
40 minit berlalu dengan rungutan yang mengatakan si murid lelaki bising....
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Si murid perempuan telah habis membuat latihan dan menghantar, aku memerhatikan tindak tanduknya. dia mengambil ipodnya, mendengar muzik dan bercerita dengan rakannya dengan suara yang kuat. lebih teruk dari si murid lelaki.
Aku menegur..
si murid perempuan hanya ketawa.
rupanya dia hipokrit dan mementingkan diri, aku sangka dia sememangnya ikhlas pentingkan disiplin. rupanya dia hanya inginkan masa untuk menghabisan kerjanya dan boleh menggangu rakan nanti..
kanak-kanak
kadang-kadang orang dewasa pun begini, mencari kesalahan orang, tunjuk sana sini.. salah sana sini.. rupanya dia lagi teruk.
Tunjuk kain orang koyak, rupanya diri telanjang.
*koma..
Comments
kau tengah kaji ka ni karangan aku.. hahaha