SMK Abdul Rahim (3)
Tahun 2004...
Aku masuk lagi di Abdul rahim ni.. plan nak pergi UITM terbantut sebab masalah kewangan keluarga. Tidak apalah, mungkin bukan rezeki aku masuk sana kan. so, aku pun amik tingkatan enam di sekolah ini juga. Aku masuk kelas 6 alpha bestari. eh, inikah kelas aku?. kenapa macam kelas sains ja bunyinya?.. hahaha
Kelas aku ni kelas ekonomi la..
guru kelas : cikgu sabariah (kami tidak rapat)
guru angkat (adakah?) hahaha :( cikgu khuraini -fav teacher aku)
guru lain juga yang selalu denda aku, cikgu ahmad dan cikgu nazri. cikgu nazri ni tidak suka aku, dia cakap aku tidak cantik. hahahah.
ada juga cikgu azizah, cikgu ni selalu rotan aku kalau gagal ujian atau exam. Tapi kami rapat, aku selalu makan di rumah dia. hahahah *matila sempat makan lagi sana.
Tingkatan 6 aku mula tinggal di asrama sekolah ni. tandas dia memang gila la. bukan tandas yang ada flush tu tapi lobang yang bersambung dengan tandas lain. Kalau kita berak kat tandas 1, kita siram, tahi kita terdampar di tandas 2. hahahaha luar biasa punya tandas. Baunya pun sangat menggiurkan. hahaha.. Tapi hantam sajalah, kan dah terpaksa.
Sekolah ni juga pernah mati elektrik 3 hari 3 malam dan selama tu juga tiada air. Bayangkan orang yang tinggal di asrama?.. hahahha..
Aku masa ni memang tidak pergi sekolah dah.. aku duduk asrama ja. hiks
Kelas baru, kawan pun baru. Sinilah aku menjadi rapat dengan Jeni, suri, henny dan sujilin. Kami ni memang kamceng. Ke mana-mana saja bersama. Kalau di asrama pula , adeq dan quinee, tidak lupa juga atiq.
Tapak untuk lepak dan escape pastilah rumah henny di sting garden. Haahahahaha.
Yang lelaki pula, nazlan, eton, vince, razil , rahmat, jefli, jamrih. wah!!!! rindunya dengan kawan-kawan sana. Masa ni aku dengan s masih rapat, tapi lain kelas dah jadi memang jarang bersama. hehe..
tempat lepak kami kedai bawah atau di kantin sekolah. kawasan yang kami lepak ni memang khas untuk cikgu-cikgu, tapi kami suka untuk duduk sana . (read :mengorat cikgu hensem) hahahaha. tapi aku bukanla pelajar kesukaan ramai. aku datang jam 8 pagi, aku balik jam sebelas atau masa rehat. menyebabkan ramai cikgu yang tidak menyukai aku.
*nanges.
semasa kami di tingkatan enam juga, kami suka bermain daun terup di dalam kelas. kami akan tutup tingkap dan pintu untuk mengelakkan dari dilihat oleh mana-mana guru. wah best! sepanjang hari main daun terup..
Owh ya, tempat paling sesui untuk escape juga di asrama.. (bilik aku la.. ) dan di bilik guru. Lepak2 ja cerita2 sana. Okey juga tu. hahaha.
Kalau ingat2.. memang best.
Setiap petang aku akan menghabiskan masa bermain badminton di dewan sekolah dengan geng-geng lelaki. memang best la..
di abdul rahim juga aku mendapat kawan yang baik dan terbaik...
Nazlan... kenapa kau baik?.. hahahahahahaha
bersambung...
Comments
Hahaha
itula maju,.. panggil stig garden kan sudah
hehehhe
memang baik 2 lily..
tp xterbaik..skrg terbalik uda
kau terbalik kenapa?..
jangan kau jadi gayboy ah.. hahaha
gilak xaku ni terbalik..
masi normal ni..hahaha