SMK Abdul Rahim
Sekolah yang banyak mengajar aku tentang kehidupan. Aku tidak mengatakan sekolah asal aku tohpuan tidak pernah mengajar aku, tapi aku masih mentah sewaktu bersekolah di tohpuan. Datang sekolah, yang aku ingat ingin bergembira. Apa tidaknya, di tengah tengah bandaraya kota kinabalu. di sana sini cabaran. sewaktu itu aku menjadi seperti orang kampung yang hanya mencari hiburan.
end of the story.. hahahha..
sahabat di tohpuan sahabat sejati tapi pengalaman di tohpuan pengalaman memalukan dan menyedihkan bagi aku. Jika aku tidak di halau dari sekolah itu, sudah semestinya aku bukan di sini sekarang ini. mungkin aku menjadi lebih baik dan sedang duduk menghirup teh di Jeddah. *koma.
Selepas KK, aku ke Kudat. sekolah ini sekolah kerajaan. dah nama pun SMK kan. hehehe.
Kelas aku 4 Delta Bestari.
eh ini kah kelas aku ah?.. aku lupa2 ingat...
ini sekolah aku di kudat. matila menakutkan ... macam sekolah terbiar.
Sekolah ni best. Maksud aku best sangat sangat!!!!
sistem dia awesome.
Masa aku tingkatan lima. Tahun 2003. sekolah ni buat sistem kuliah. Macam di Uni la.. Kalau kelas bahasa melayu buat dia B3.. kalau kelas ekonomi buat di K2, kalau matematik buat di M4. begitulah seterusnya. so, kalau kelas bahasa melayu start jam 8 hingga 9.30, kami akan jalan-jalan dan lepak-lepak sebelum 8.30. official masuk sekolah jam 7. best kan.?.. hahahha.. Lepas kelas habis kami keluar dan berkeliaran. cuma tidak bolah balik rumah. Tapi ramai juga yang balik, makan dulu sekejap di rumah then balik ke sekolah masa kedua. hahaha.
Dewan sekolah ni besar. dalam dewan tu disediakan meja menunggu dan kerusi. Juga Tv LCD besar. pasang Astro semua channel lagi. Bagi budak-budak yang nakal. Ada yang bawa remote dari rumah. tinggal tekan je kalau nak ubah channnel. Tidak payah susah-susah. Masa ni juga Amerika menyerang Iraq. Kami tengok live Al-Jazeera kot masa ni. Ke CNN tidak pasti. Antara dua channel ni la... Kami jarang masuk kelas juga. Duduk bercerita dalam dewan sambil tengok tv. Kadang-kadang tengok drama.
*koma.
owh ya, masa dalam dewan juga adalah suasana yang best. pelajar senior masuk, peljar junior masuk. berlakulah aktiviti mengorat secara berlebihan dan pergaduhan secara marathon. Kadang-kadang berebutkan meja tempat lepak.
masa ni juga pelajar junior (kami) lebih suka fokus terhadap pelajar senior..miahahaha,,
Best!!!
bersambung....
bersambung....

Comments
smua tu kngan tau.....sebuah kisah klasik....hihihihi
-sss-