keinginan hati

kadang-kadang hati meminta perhatian lebih,
kadang-kadang hati sedih tersisih,
tapi belajar tabahkan diri,
mungkin ini dugaan yang pasti.

Aku datang untuk menemani,
ingin mencintai sekeping hati,
milik dia yang ingin memberi
kasih dan sayang untuk diri ini.

kadang-kadang,
Masa merubah yang sedia ada,
memberi kelainan yang bakal merobek segala,
tapi..
bertahanla..
kerana, apa yang ada..
cuma itu cinta..

Aku akan tabahkan diri,
menerima apa yang diberi,
sesungguhnya kehadirannya untuk sanubari ini,
memberi kebahagiaan yang hakiki.

walau  sejauh mana aku tersisih,
aku mahu dia yang pasti,
aku menunggu hingga suatu hari nanti,
dia bakal menemani keinginan hati ini.

Comments

Amieyra said…
Makna yang sungguh mendalam beb.Ulang2 kali aku baca still aku rasa makin terpendam maknanya.

Apa2 pun, semoga hati kau cepat sembuh.
tiefazatie said…
gle mendalam..sedih plak ak baca li..

Popular posts from this blog

Reunion 24-26 dec (part 2)

SMK Abdul Rahim (2)