surat untuk masa
2nd floor, bgn hj.Tahir,
simpang 137,
B.E 4113, Gadong
26 Mac 2011
kehadapan en masa, apa khabar? semoga berada di dalam keadaan yang sihat sejahtera hendaknya.
Saudara,
Di kesempatan ini saya ini menyatakan bahawa, saya sangat menghargai dan menyayangi masa sehingga saya umpamakan saudara seperti emas. adakah saudara sedar semua itu?, seringkali juga kedengaran pelbagai rintihan mengenai saudara, tapi saya tidak pernah endahkannya kerna saya sangat menyayangi saudara.
Oleh itu masa, janganla terlalu lambat untuk berputar, kemaskan langkahmu dan hayunkan tanganmu. Lengkapkan dirimu dengan anggota mesin yang baru, gunakanlah turbo untuk mempercepatkan waktu. Aku sedar saudara sukar untuk melakukan permintaan ini kerana bakal melibatkan seluruh alam . Tapi, kali ini sahaja masa. Hanya kali ini.
Hanya untuk 5 hari saja .... saya mahu gaji...*nanges, sekian terima kasih. semoga saudara sudi membalas surat saya ini.
yang ikhlas,
lily aklili.
Comments