off mode
tidak pasti semua orang atau aku saja yang mengalami benda begini. kadang-kadang dalam kehidupan kita, kita akan rasa fade up dengan semua. rasa ingin meng"off" kan diri sekejap daripada rutin harian kita dan menghilangkan diri daripada orang-orang di sekeliling kita. lawak yang kita rasa lucu selalu akan bertukar menjadi perkara yang membingitkan dan menyakitkan hati. itu maksudnya kita kena off dari rutin harian dan cuba sesuatu yang plain atau extra....
contohnya kalau habit kita buka facebook setiap setengah jam, kita kena stop seharian tidak check, if kita dok refresh timeline, kita kena stop. dont share anything dengan semua orang. keep itu to urself sometimes. hah! begitula aku rasa selalu. aku rasa facebook aku tu dah dekat 5 kali aku delete then aktifkan balik. bermula dari 500 rakan ke 100 rakan. sebab? semakin aku share, semakin aku tidak selesa dan membuat aku ingin menjauhkan diri.
aku kagum dengan orang yang boleh share semua di mana, buat apa, feel, semualah.. pelik kan? itu dia suka share. aku kadang-kadang. aku lebih suka duduk diam-diam merenung kosong. itu sudah cukup syurga. Perkara yang meletihkan walaupun best aku tidak akan lakukan. kenapa? sebab tidak best! jadi aku akan turn off mode untuk semua dalam satu hari jika perkara-perkara yang memuakkan atau menyakitkan berlaku.
kadang-kadang aku pelik dan kagum dengan sesetengah orang yang boleh berborak mengenai orang lain dengan minat yang mendalam.
pelik kan?
lagi satu, tidakkah iaanya menyakitkan kalau kita rasa terbuang atas perkara yang kita tidak tahu sebabnya...
dan
tidakkah kepercayaan bakal berubah kerana kata yang tidak sekata ?
jika semua ini berlaku, format diri dan semua akan ok
jangan marah sangat, bersyukur masih sihat kerana ada yang sedang menemui azal dan ada yang berjuang untuk hidup. kita mungkin banyak permintaan di dunia ini. semua kita mahu. banyak sungguh penyesalan yang kita ingin ubah. tapi pesakit kronik di luar sana hanya inginkan satu, kesihatan.
aku ok. ini mood minggu lepas. sekarang macam mahu teriak memberitahu seluruh alam dengan kata-kata
SWAGGGGGGGGG!!!!!!!!
hiks

Comments