Panas
Panas kan dunia sekarang ni. Aku kecewa ni sebenarnya. Tadi punyalah guruh dan kilat kuat. Siap awan gelap lagi tu. Memang epic la suasana tu. Yang confirm hujan la.. Kaw2 bau hujan tercium. Matila..
Lama jugak gelap tu, diselangi bunyi guruh dan kilat memancar gegak gempita membelah langit. Seolah olah 700 kapal perang dari kepulauan riau bakal menyerang. Bunyi meriam seperti bertih jagung bunyinya memeriahkan susana.
Angin turut sama menghembus, menguatkan lagi firasat bahawa hari akan hujan. Maka, bolehlah aku tidur dengan lena selepas ini.
Namun, aku kecewa kerana ianya nyata hanyalah dusta. Kini matahari terang memancar. Memancar menerangi seluruh alam gadong ini dengan senyuman.
Bilalah hari akan hujan? Aku mengharap!!
- Posted using BlogPress

Comments