10.4.1986~26.6.2011
Nur Ain binti Kamis
Nama seindah orangnya.
Pertemuan pertama melakarkan kenangan terindah dalam hidup ini. Tahun 1999 sememangnya tahun bersejarah yang melahirkam bibit bibit kasih sayang dan persahabatan yang utuh antara kami.
Dulu dia sering ketawa menghiburkan kami, dia yang sangat positif memberikan semangat yang kental untuk terus ke depan. Dia insan yang indah, indah luar dan dalamnya.
Kalau diingat kenangan, semunya manis bersama. Tiada duka yang aku ingat. Hanya tawa pengiring masa. Dulu dia pernah bemimpikan cita cita yang sama , ingin menggapai impian yang sama.
Kami tidak pernah jauh, hati kami tetap kekal tidak berubah. Walau jauh dia merantau, dia sebenarnya tetap di hati. Kekal menjadi sebahagian diri. Jika dia tahu, kami GNR tetap merasakan dirinya ada. Menemani perjalanan kami. Jika kami jatuh, semangatnya ada disisi, jika kami ketawa, tawanya turut menemani.
Kadang- kadang aku terfikir, mengapa dia, mengapa hanya sekejap sahaja kami bergurau senda? Tapi keredhaan yang terbaik untuknya. Dia insan terpilih. Aku juga bertanya kepada diri, kenapa tiba- tiba? Kenapa dia tidak didatangkan sakit supaya kami lebih bersedia, supaya kami lebih berjaga- jaga. Tapi, memang ini takdirnya, ajalnya. Semoga dipermudahkan perjalannya.
Hati sebak memandang wajahnya yang terakhir, ciuman yang terakhir juga terasa kaku. Diakah yang pergi? Kenapa janggal? Tidak semesra seperti yang selalunya. Aku percaya dia tersenyum

- Posted using BlogPress
Comments
-sss-
alfatihah buat arwah..
patut la masa baca paper dulu..cm pernah muka nie..tp nda ingat nie mana..kawan ko lak li..