Orang yang suka komplen
Aku hangin satu badan dengan orang yang kuat komplen, sikit- sikit tidak puas hati. Kadang- kadang pelik dengan orang yang begini.mungkin hidup dia tidak pernah baik untuk dirinya, kesalahan yang dia lakukan, orang lain yang dia salahkan.
Aku bercakap bukan apa, ini sebab aku tengok status facebook yang kadang-kadang boleh buat aku muntah berkilo-kilo.
Ada berjenis- jenis komplen di alam facebook aku tuh! Keji.
1. Komplen kerajaan BN tipu duit rakyat, negara tidak maju, UmNo kaki temberang. Rasuah sana sini
Jawapan aku : yang kau sibuk apa hal, kau yakin sangat dengan tuduhan tu. Apa buktinya, baik kau kerja baik-baik kumpul harta. Jadi kaya dan pindah negara lain. Aku rasa, kalau kau kaya tiada pun BN atau UmNo tu Nak tahan harta kau pastu nak buat kau bankrup tetiba. Dunia ini luas. Carila benda yang baik saja. Kalau pemimpin kau rasa tidak baik. Tegurla, tidak payah emo cam taik palat. pastu sibuk nak join rusuhan. motip tidak cintakan keamanan?. kau mahu negara kucar kacir? baik kau belajar baik-baik (kalau pelajar) score result gempaq, kerja baik , hidup pun senang. siapa ahli politik tiadanya bagi impak dalam hidup kau derrr.
kannn aku pun dah komplen pasal kau... keji!!
2. Komplen kerja susah dan bos bagi banyak kerja.
aku jawab : dah kerja kau, nak buat macam manaaaaa...??
3. Komplen PTPTN cas mahal.
aku jawab : owh dulu masa kau nak pinjam , kau tak fikir pula kan mahal ka tidak nanti nak bayar. cepat je kau nak urus kan?. kalau boleh hari ni kau urus, hari ni dapat duit. sebab nak beli laptop noks. kan?..kalau banayk masalah sanggup kau call sana sini, nak urus bagi cepat semua. Kalau tiba nak bayar?, banyak alasan kau, PTPTN penipu rakyat, siap ada yang cakap ini gov punya pasal. PTPTN cekik darahla. weiii, kau tu berhutang, buatla cara berhutang. bayar sajalah, mahal tak mahal.. tetap HUTANG . hutang itu ibarat janji, ingatkan ia sampai mati. Tak payah kau nak pejuang apala, bayar saja. banyak cakap kau ni.
Kannn aku menyampah kau dok cakap pasal ptptn... hiks
Aku jugakk tiba2 komplen sebab kamu kuat komplen..
Comments