Dilema wanita setiap bulan
setiap bulan akan ada perubahan emosi dan perubahan kelakuan.suara intonasi juga bakal berubah. hampir semua bakal berubah dan berapa hari setiap bulan.
kan best kalau bentuk badan pun berubah.
mula-mula terasa nak marah sahaja. semua nampak menyakitkan hati. benda yang senang dan simple boleh dijadikan punca kemarahan. bukan hanya marah, tetapi berselang-seli dengan tangisan. sungguh emosi di kala ini.
kadang-kadang pada masa inilah semua wanita yang mempunyai masalah ini akan mencari gaduh dengan hampir semua orang.
semua orang jadi musuh.
setelah emosi terganggu, akan ada rasa sakit di sekeliling badan. lain orang lain sakitnya. sangat sensitif dan tak boleh di sentuh. paling keji yang sakit di ketiak. nak angkat tangan pakai baju pun susah. sakit. Kalau teruk sampai demam-demam.
ini belum keluar darah haid. hanya tanda-tanda awal.
selepas seminggu mengalami semua ini, atau tiga hari. wanita akan mula keluar haid. itu pun akan bergelumang dengan senggugut yang maha hebat sakitnya.
sakit nauzubillah. memang sakit giler. dari pinggang hingga ke hujung ibu jari kaki sakit giler..
bersyukur bagi yang tidak mengalami semua ini.
Tapi aku kena mengalami semua ini setiap bulan
*nanges
sakit :(
s
Comments