cinta

aku nak melalut sekejap pasal perkataan cinta ni. sangat-sangatlah mengelirukan dan boleh buat orang melakukan sesuatu diluar kawalan. semuanya sebab cinta. binatang apakah cinta ini.

pengertian cinta tidak dapat diaungkap dengan kata-kata sebab cinta itu hadir dan diertikan dari dalam jiwa. hanya jiwa yang mengerti apa itu cinta. 

cinta yang aku maksudkan , cinta sesama manusia (lelaki dan wanita khususnya)

kadang-kadang cinta boleh pudar setelah beberapa tahun, kadang-kadang cinta boleh pudar apabila berjauhan dan juga apabila sering timbul pergaduhan. pergaduhan yang disebabkan oleh pelbagai aspek. namun tidak dilupakan apabila wujudnya orang ketiga yang boleh membuat hati tergelincir..

sebenarnya cinta dengan pasangan yang sedia ada masih wujud dan masih sama seperti selalu. tapi hati kadang-kadang lupa.lupa dengan perasaan yang pernah hadir..

wanita sebenarnya suka dicinta dan suka dilamun cinta. kalau boleh sentiasa ingin hati berdebar2 apabila di sapa cinta. iya perempuan lebih suka alam fantasi.

Tapi jika disedarkan, wanita akan kembali ke alam nyata.. sedar kembali siapa cintanya yang sebenar. semua aspek yang menyebabkan cinta pudar boleh dihindarkan jika pasangan berusaha mengekalkan hubungan dan berbincang cara penyelesaian.

jangan tinggalkan orang yang kita cintai untuk orang yang kita sukai. 

apa aku merepek pun aku tak pasti. yang penting cinta tu bukan senang nak hilang kalau sudah di dalam hati. mengambil masa yang lama. kadang-kadang seumur hidup kita pun tidak akan pernah hilang rasa itu.

kita mungkin akan mengahwini orang yang kita cintai
Tapi kita wajib mencintai orang yang kita kahwini.

macam orang dah kahwin la pulopp




awan cantik.. banyak bentuk.. (my current obsession )

Comments

Popular posts from this blog

Cola

Happy Birthday