maya dan nyata
di alam maya semuanya indah, setiap huruf yang ditaip boleh mengubah pandangan seseorang terhadap kita dan setiap yang digambarkan membawa maksud yang boleh dinilai hanya dengan penulisan atau gambaran.
di alam maya kita boleh bertemu dengan pelbagai jenis manusia. yang menyakitkan hati, yang gebang terlebih, yang membawa bahagia, yang membawa derita atau yang memahami jiwa.
semuanya melalui alam maya. alam yang membolehkan kita menjadi sesiapa yang kita ingini.
berkawan melalui alam maya memang sangat meyakinkan. boleh membuat hati kita berdebar, boleh membuat hati kita jatuh cinta, boleh membuatkan kita membenci dengan gaya penulisan yang kasar.. mungkin. juga boleh membuat kita berfikir dan terpengaruh.
cara seseorang ketika berhubung dalam alam maya juga merupakan faktor yang mengikat kenapa kita terpengaruh dan menyukai hingga membenci seseorang. tidak keterlaluan jika cinta juga terjalin di alam maya.
tapi..
adakah yang nyata seperti mana yang otak kita bayangkan di alam maya?.. sudah menjadi lumrah kita hanya suka membayangkan yang indah-indah, semua yang boleh membuat hati kita berbunga dan boleh meleretkan senyuman. jika di alam maya kita menyukainya, otak secara automatik akan membayangkan hanya yang terbaik untuknya. begitu juga sebaliknya.
bagi aku, persahabtan di alam maya membuatkan keserasian bersemai, selesa berbual.. segalanya sesuai. tetpi hidup nyata mungkin bakal menghancurkan semua itu.
mungkin sesetengah orang tidak merasakan seperti aku..
bagi aku..
yang maya biarlah kekal maya
dan nyata biarlah nyata.
itu lebih baik
:)
p/s ; pengecualian bagi cinta aku. haha
Comments