Pelik dengan diri

Aku dah yakin dengan siapa aku nak dan apa yang aku mahu. Aku dah
betul2 tetapkan apa yang aku perlukan dan inginkan. Sepatutnya tidak
timbul masalah kekeliruan dengan kehendak hati.

Jika di fikir2 hanya dia yang aku mahu. Bukan orang lain. Aku hanya
boleh membayangkan hidup dengannya. Aku sedia menerima kekurangannya.
Segalanya aku terima.

Tapi kenapa kadang2 hati ini bertanya dan keliru. Ini bukan soal orang
ketiga sebab aku tetapkan dengan siapa aku nak hidup. Unsur orang
ketiga hanyalah anasir kecil yang boleh dihapuskan.

Cuma hati kadang2 bertanya jika dialah yang tercipta..

Mungkin duduk sendiri dan termenung membuatkan fikiran melayang jauh
dan berfikir melebihi yang sepatutnya.

Sent from my iPhone

Comments

Popular posts from this blog

Reunion 24-26 dec (part 2)

SMK Abdul Rahim (2)