Perjalanan ke Gua Niah sendirian
Trip ni sebenarnya aku buat secara tiba-tiba sebab aku tak tahu nak spent time cuti aku macam mana..so terlintas di hati dan fikiran untuk menjelah gua niah. yang terletak di Miri, Sarawak...
so aku plan siap-siap beberapa hari. bukan buat apa sangat. just baca nak ke mana, naik apa,
so 26hb aku ke terminal pujut yang terletak berdekatan dengan shopping complex Boulevard .
Naik bas apa yang akan berhenti ke batu niah. selalunya bas ke bintulu la naik.
Tambang dalam rm12..
kemudian bas tu akan berhenti sana. tempat berhenti ni sebenarnya rest stop. semua bas akan berhenti sini. untuk makan etc.
so sampai sana kena cari kereta sapu lah.. selalunya kalau 4 orang , bayar rm10 seoranglah.. tapi aku ni travel sendirian. so aku dikenakan bayaran rm30. kalau minta amik rm30 lagi. so total batu niah ke gua niah aku bayar rm60. iye mahal sebab aku travel sendirian. huhu..
sampai sana.. kena daftar la.. kalau local rm10.. kalau foreigner aku tak tahu. hiks..
lepas je daftar, silalah menuju ke jeti dan naik bot untuk kesebelah. tak jauh pun dalam 400 meter kot..
bot ni sentiasa ada.. kena bayar rm1.00 sajork..
lepas je naik ke daratan.. bermulalah perjalanan yang dikelilingi tumbuhan hijau dan bunyi-bunyian hebat..
Kalau tengok kat atas tu.. keseluruhan kena jalan dalam 4km la.. tapi kalau nak explore great cave tu just 3.8 saja. painting cave tu terletak kat depan lagi sikit. Aku tak sampai ke painted cave ni sebab jalan dia scary gila..
ini antara jalan yang bakal dilalui sejauh 2.8km berjalan kaki sebelum sampai ke kawasan gua..
sepanjang perjalanan ada di sediakan trail begini.. sama ada kayu begini atau simen ..
turun naik sikit tapi tak tinggi and rendah sangat,, memang jauhla.. sepanjang perjalanan ni aku seram juga tapi aku tahan-tahan. aku peliklah kenapa tak ramai orang jalan dengan aku. rupanya weekdays. alamakkk
Trader cave adalah cave pertama yang akan dijumpai.. cave ni kecik saja.. tak besar sangat,.
tempat ni tak de ruang sangat, ruang besar ni je satu-satunya... then bila kita teruskan perjalanan lagi barulah jumpa Great cave. Gua yang paling besar dan amazing.
ada kan tangga- tangga tu.. itulah tangga yang akan dilalui untuk menjelajah tempat ni. memang stamina kena kuat sebab jalan dua turun naik, kaki aku sampai nak bergegar. tapi tahan sajork. semakin kita masuk kedalam, semakin gelap , gelap sangat-sangat . so torch light adalah penting.
ini antara laluan dia. gambar ni terang sebab flash saja. jalan ni memang gelap sangat-sangt. kalau tak bawa lampu suluh memang akan mendatangkan masalah.
di hujung Great cave ni ialah Gan kira.. aku sampai gan kira je then patah balik.. sebab painting cave ken lalu lagi di jambatan atas air yang tak berapa stabil yang membuatkan aku mengambil keputusan untuk berpatah balik.
masa aku masuk gua ni, aku sangat yakin dan tak takut. tapi lepas masuk dalam tu dengan gelap yang sangat dahsyat dan keseorangan. Aku meremang bulu roma sambil berjalan. haiya.. memang menakutkan.. dalam tu pergi balik aku spent tima dalam masa dua jam. Bila aku otw nak balik tu adalah pulak orang baru nak masuk gua. berbondong-bondong pulak tu..
aku masuk gua dalam 10 pagi lebih dan selamat kelaur dalam jam dua lebih.
aku naik kereta yang hantar tadi dan naik bas dari batu niah ke miri.
lepas je ke gua ni, badan aku sakit semacam. terpaksa pekena panadol for muscle and joint pain. nasiblah ok sikit. tapi muscle aku masih sakit gila. macam nak tercabut.
apa pun memang best masuk gua ni, sebab perasaan takut yang aku tahan sampai ke tahap maksima. aku bukan sahaja terbayang hantu, tapi orang yang berniat jahat dan juga binatang. macam-macam ada dalam kepala.
habissss..
Comments
Aku kirim salam je nak naik sini lagi. Cukup le sekali kan. Haha
ropanya aku pegi salah hari laaaa.. hari biasa..x ramai sgt org..