A Stolen Life

a memoir

Jaycee Dugard (mangsa sebenar)

Cerita ini dilalui sendiri oleh mangsa dengan ingatan yang masih bersisa di dalam fikiran. Selama 18 tahun dia diculik dan dimanipulasi bukan sahaja dari segi fizikal tepi juga mental. Baginya, hidup yang dilaluinya selama 18 tahun adalah sis-sia. Dia diculik sejak berumur 11 tahun sehingga 19 tahun. Dia membesar dengan bergantung harap kepada penculiknya untuk menyediakan keperluannya. Di umur 14 tahun dia melahirkan anak pertama akibat dijadikan pemuas nafsu oleh Philip (penculiknya). Dirinya yang membesar dengan tidak mengetahahui apa-apa tentang perhubungan antara wanita dan lelaki sangat naif dalam kisah tragis ini. Dengan kelahiran anak pertama inilah juga dia menukar nama kepada ALISSA. Pada umur 16 tahun, dia merupakan seorang ibu kepada dua orang anak.

Pada tahun awal penculikannya, dia hanya menghabiskan masa di dalam bilik dengan diikat ,digari dan tidur. Philip merupakan seorang penagih dadah akan datang memuaskan nafsunya hampir semalaman. Setelah dua tahun, isteri Philip , Nancy dipertemukan dengan Alissa lalu menjadi rapat . Alissa sering mengharapkan kehadiran Nancy atau Philip kerana inginkan teman untuk berbual. Mereka memberinya keluarga yang palsu dan menanam di mindanya bahawa merekalah yang diperlukannya. Selama 18 tahun Alissa hidup di belakang rumah, di dalam khemah. 

Alissa pernah keluar dari tempat tinggalnya, bersama Nancy dan Philip tetapi ketakutan menyelubunginya. Dia tidak tahu lokasinya. Ketika dia diculik , Philip bekerja sebagai tukang kebun kemudian diberhentikan kerana selalu datang lambat. Kemudian, bekerja di sebuah farmasi. Nancy pula bekerja di pusat penjagaan orang-orang tua. Philip berjaya menjalankan sebuah perniagaan pencetakan kad yang menyara hidup mereka.

Alissa menyedari Philip mempunyai masalah mental kerana sering menyalahkan malaikat atas semuanya dan sering mendengar suara. Philip juga akan menangis dan merayunya setelah menidurnya kerana rasa bersalah.Nancy juga pernah memberitahunya bahawa Philip dan dirinya selalu ke taman permainan dan mengambil gambar kanak-kanak sebagai pemuas nafsu Philip. 

Nancy sebenarnya berpeluang melepaskannya tetapi memilih untuk tidak. Alissa terfikir untuk ingin lari tetapi dihalang oleh perasaan takut dan keliru. 

Pada umur 29 tahun, Philip mengaku menculiknya, Alissa ditemukan dengan ibunya dan setelah berbelas tahun dia kembali menggunakan nama asalnya Jaycee. Philip menerima hukuman penjara seumur hidup dan didiognasis sebagai penghidap penyakit mental.


p/s : aku tetiba nak buat sinopsis ala-ala bukan sinopsis sebab aku suka gila cerita ni.  Jaycee menulis apa yang dilaluinya. Philip baginya seorang lelaki yang baik kecuali masalah mental yang mendatang. 


tetiba kan aku semangat. haha



Comments

Popular posts from this blog

Reunion 24-26 dec (part 2)

SMK Abdul Rahim (2)