Kisah si budak sakit.

Aku kenal budak ni tahun 2010. Mula-mula jumpa dia, kami langsung tak bercakap..just smile and staring. Yes aku terkejut tengok dia sebab di umur 10 tahun, dia mempunyai perut yang besar. Melihat mukanya yang pucat buat aku berfikir bahawa dia sakit.

Dia memakai bandana di kepala menyembunyikan rambutnya yang gugur. Itu hanya pertemuan pertama.

Tahun 2011, aku semakin rapat dengannya, mendengar kisahnya menjalani rawatan chemo. Dia tidak pernah mengeluh atau mengadu sakit. Dia tabah..

Kami semakin rapat, tapi hanya berbual beberapa patah setiap kali berjumpa..

Ada sekali dia tidak muncul berminggu, aku mendapat tahu.. Dia semakin teruk sehingga berputus asa dan hanya ingin berehat di rumah..

Tahun ini dia muncul kembali... Nampak bersemangat dan ingin terus menjalani rawatan kerana buku ini

Comments

Popular posts from this blog

Reunion 24-26 dec (part 2)

SMK Abdul Rahim (2)