Revolusi aiskrim dalam sejarah aku sendiri.

Masa aku kecik, keluarga aku dalam kategori keluarga miskin tegar. *matila.. Kenapa aku katakan miskin tegar? Membesar dengan nasi berlauk minyak dan garam dowh. Of cos la tegar bertagar.
Dah tu aku menyusu pun air dan gula sajork. Haruslah keji hidup ketika itu.
Nak makan aiskrim ni macam boleh di samakan dengan dpt emas. Apa tidaknya, peti sejuk tu nan ado.
Owh ya, hidup aku kira senang sikit banding adik beradik yang lain sebab masa aku dah ada, aku mandi guna pam enjin. Before aku semua mandi perigi.
Cerita lagi pasal eskrim. Aku tahu aiskrim ni masa aku umur 7 tahun kot. Ada jual aiskrim yang dalam plastik panjang tu. Sepuluh sen yang pendek. 20 sen yg panjang. Selalu ada milo dan nestum. Kalau yang buat pekat memang sedapla. Masa ni dapat makan aiskrim sebab ada parents kawan2 yang belanja..
Sedapppp...
Lepas tu sekolah pulak bagi susu setiap hari isnin, rabu and jumaat. Aku dah jadi pengawas sejak umur 9 tahun sampai 12 tahun. So ada extra susu. Kalau isnin susu putih, rabu strawberry and jumaat coklat. So susu susu semua ni haruslah hantar ke rumah kawan yg ada peti sejuk untuk di keraskan *koma.
Siap tulis nama lagi..
Sedapnya kalau kerassss....
Masa tahun 6 , hidup ok sikit. So ada duit belanja 50 sen ke sekolah. Masa tu ada pakcik yang kami panggil pakcik manung datang jual eskrim kon.. Satu scope 30 sen.
So dapatla makan.. Masa tu yg femes coklat, vanilla and jagung.
Meningkat ke tingkatan satu. Aku berhijrah ke pusat bandar kk. So aiskrim di mana mana.. Barulah aku tahu aiskrim ni banyak jenis. Sebab dulu aku di kampung, nak pergi pekan pun setahun sekali. Apaatah lagi nak ke kk.. Itu pun kalau ke pekan mesti tamu, tak nampaklah aiskrim.
Bila di kk... Makan aiskrim.. Tapi selalu makan coklat. Duduk asrama. Dok asrama sentiasa makan saja. Sebab parents yg kaya2 ni selalu bawa extra untuk kawan kawan. Hahahhaha... Parents aku x pernahlah lawat. Nak lawat mcm mana?
Naik apa?
Asrama kami pun best. Jumaat mesti makan best. Nesti ada eskrim.. Berganti2...
Tapi sejak di kk ni, semua aiskrim aku rasa.. Smapaila sekarang.. Kehidupan pun slowly berubah.. Parents di kg pun dah senang2 nak pegi sana sini..
Owh ya, aku suka aiskrim peppermint . Kalau aku beli sekotak kecil, aku boleh habiskan. Kalau perisa lain.. Dua kali tambah dah kenyang..
Begitula aku gigih menaip tetiba.. Sebab teringat susah masa kecik. Aiskrim tu pun yg 20 sen mcm harga 2k. Tak boleh nak dapat..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular posts from this blog

Reunion 24-26 dec (part 2)

SMK Abdul Rahim (2)