zaman sekolah


lepas tengok video ni aku teringat zaman sekolah aku.. dalam 70% sama sangat. aku rasa zaman dulu paling best sebab semua orang nampak real dan bersosial. aku ingat dulu-dulu aku bangun jam 5;20 pagi.. siap2 semua jam 6 aku naik basikal ke sekolah. dalam jam 6;30 aku sampai.

ini sekolah rendah ya.. selalu pagi2 aku tak de geng nak berbasikal. aku awal sebab aku semangat sangat nak ke sekolah. nak belajar, bermain, jumpa cikgu, semua aku semangat. aku rasa aku tak de budaya tisur dalam kelas. tak pernah aku tidur dalam kelas.

dahlah cikgu-cikgu masa tu pemarah gila, aku salah eja satu perkataan pun kena lempang. giler la pemarah. owh ya, ada lagi cikgu yang suka tidur dalam kelas dan kami berkumpul cabut rambut putih dia. dia ajar english.

seingat aku, sekolah aku ada guru english masa kami tahun3.. dua tahun tak belajar english.

aku paling suka hari isnin, rabu dan jumaat sebab ada susu percuma.

owh ya. setiap tahun juga kena bagi baju, kasut , buku dan alat tulis percuma.. semua sumbangan Yayasan negeri sabah.

main getah game paling famous.. sebab siapa yang dapat lompat sampai tangan tinggi menjulang tu kira epik la.. memang hebat sangat2..

main tutup tin, main galah, main sembunyi2..main polis sentri, batu seremban.. semua tu main.. dan best!!!

yang tak tahan, diari tu. if nak berkawan kena tulis dalam diari tu.. nama, tarikh, siap ada kawan baik.. orang yang di benci pun ada.. cam taik..

argggghhh aku rindu sekolah..

pstt pstt nak tengok muka aku masa sekolah?.. ini dia.. kuang kuang kuang



ini tahun 2001... tingkatan 2 kot... kau mampu rambut tomok begitu?

*koma...

aku tak tahu okeh kanapa tangan begitu tu.. buat aku nak pengsan tengok.. banyak gambar yang bila aku tengok balik aku macam nak muntah berkilo2.. motipla pose2 begini dulu.. choi sangat!

Comments

tiefazatie said…
ok..ak pengsan li..hahaha

Popular posts from this blog

Reunion 24-26 dec (part 2)

SMK Abdul Rahim (2)