Istimewanya Brunei #2
Di Brunei ni memang banyak makanan yang sedap-sedap terutamanya sambal. Sambal pelbagai jenis boleh dibeli di mana2 sahaja. dah memang sedap ye , sangat sedap. Oleh sebab tukaran matawang yang berbeza juga tinggi. Semua makanan di sini boleh dianggap mahal masyaAllah. Bagi orang Brunei murahlah kan. Tapi..
Ya tapi.. di sini ada makanan yang di panggil NASI KATOK. aku rasa makanan ini hanya ada di Brunei ni. Mengikut cerita kawan aku yang dah tinggal di Brunei ni lebih 12 tahun, Nasi KAtok ni dipanggil sebegini rupa sebab dulu kalau kita nak beli, kita kena ketuk rumah tu. Hanya sebuah rumah sahaja yang menjual nasi sebegini dikala itu. Dahla orang tu tinggal di barek JPD. Lepas tu, lama-kelamaan baru di komersialkan di semua tempat.
Yang menariknya Nasi ni, Nasi dan sambalnya. Nasinya beras wangi ye , dan juga sambalnya super lazat.
aku amik di google,
harga nasi ni.. B$1:00 sahaja. makanan paling ekonomi, sedap dan mengenyangkan. Kita tak kan bosan dengan makanan ni sebab sambalnya sampai tujuh jenis. yang aku biasa makan sambal pedas dan sambal tahai.
sedap!!!!!
Comments