Istimewanya Brunei #1

Sepanjang aku hidup di tengah bandar Gadong ni selama dua tahun, eh lupa kenalkan Gadong ni apa kan.. Ceritanya, Brunei ni terbahagi kepada empat daerah, 1. Brunei-Muara, 2. Tutong 3. Temburong 4. Kuala Belait. iya itu sahaja bahagian dalam negara brunei ni. tak de lain. so pusat pemerintahan di Daerah Brunei-Muara. Bandar Seri begawan nama dia, BSB ni pula dalam dia ada banyak kelompok kawasan membangun seperti batu 1 (bandar sebenar), kiulap, Gadong. 

so Gadong ni originally bukanlah membangun seperti Batu 1 tu, tapi sekarang Gadong ialah tempat tumpuan seluruh warga Brunei sebab disinilah terletaknya pusat membeli belah terbesar, hotel, kedai2 terkenal etc. dan keadaan Gadong ini lebih membangun.

tahukah itu pendahuluan sahaja..

aku nak cerita keistimewaan Brunei kan, oleh sebab Gadong ni Femes Amos sangat, so kereta tu banyak gila, kesesakan lalu lintas pun hai tak payah cakaplah..

TAPI..

terima kasih kepada sistem lintasan zebra ini.


pejalan kaki adalah selamat, maksud aku kalau kita pejalan kaki atas laluan ini kereta automatik akan berhenti. berhenti secara lembut ke, mendadak ke, menyusur ke, hahaha yang penting kereta akan berhenti. Sebab orang sini dah biasa dah. oh, lampu isyarat pejalan kaki tiada okeh. so sila lenggang lenggok berjalan.. tapi kenalah tengok kiri kanan juga, manatahu ada pemandu main sms ke , twitter ke.. mampus juga ceritanya.

So itu yang bestnya, even bertali arus pejalan kaki non stop melalui lintasan zebra ni, pemandu kereta terpaksa bersabar ... selalunya aku lenggang lenggok lalu, saja nak catwalk, bukan selalu. hahahah.. dan lintasan begini banyak giler di bandar2 utama seperti batu satu dan Gadong, siapa yang pandu kereta memang stress sebab terpaksa berhenti2 memberi laluan kepada vip! haha

apa pun selepas dua tahun 5 bulan di sini, aku tak pernah di langgar kereta walaupun berjalan secara membuta tuli semasa melalui lintasan ni. tak ada juga kereta yang melalui lintasan ini ketika aku tengah melintas. orang lain tak tahulah tapi bagi aku tak deeee :)

*gambar google..

Comments

Popular posts from this blog

Reunion 24-26 dec (part 2)

SMK Abdul Rahim (2)