review philips epilator HP6520

aku nak bagi review pasal epilator ni.. sebab aku suka sangat. so aku nak cakap benda yang baik2 pasal benda alah ni..

tahu tak apa epilator ni?

ala pencabut bulu la.. elektronikla .. bukan yang manual tu.

kalau manual tu kita nak cabut bulu ketiak sebelah. yang sebelah dah berpeluh..

alih2.. amik pencukur .. zassss sekali cantas.. tapi cepat tumbuh.. so tak menariklah..

benda tweezer electronic ni bagus untuk kegunaan yang sebeginilah.. untuk kaki, ketiak. di sana-sana dan banyak lagi.

biasa kita akan wax saja kan. tp wax dia boleh menyebabkan radang  atau bulu tu tumbuh balik di bawah permukaan kulit.

tapi dengan epilator ni, semua tu tak de lagi..

ni muka epilator ni.. dia ada banyak version. tapi yang aku beli ni HP6520


gelap pula gambar ni.. kurang kualiti..

tak apalah.. badan dia yang warna purple tu.. tula tweezer..

dia akan cabut bulu2 mcm manual juga tp lebih cepat dan banyak. so taklah rasa sakit sangat.

cara pegang dia pun, warna purple tu kena di bahagian atas.. kalau terbalik.. (purple kat bawah) , dia mcm tak dpt cabut sangat.

untuk sebelah kaki dalam 30 minitlah nak bersihkan. tapi dalam 3 minggu baru tumbuh balik..

kalau ketiak lak.. cepat je.. mcm gosok gigi..

kalau bahagian lain? ikut tahap keimunan anda. kalau tahan sakit.. cepatla.. kalau tak, pelan2..

benda ni ada dua tahap kelajuan je.. aku biasa guna yang laju.. kurang sakit.

dia tak guna battery. guna cas elektrik..

apa lagi nak cakap ah..

yang penting aku guna puas hati di semua bahagian..

mudah dan boleh digunakan di mana2..

lepas guna tak de radang.

tapi banyak model ni.. model yang lama2  tu boleh buat radang sebab dia tarik kulit sekali.. yang ni tak.. ada safety cap.. dia boleh measure sepanjang mana bulu dia nak cabut.


itu je la..

bye..

owh harga aku beli RM199

di guardian...


Comments

Popular posts from this blog

Reunion 24-26 dec (part 2)

SMK Abdul Rahim (2)