kawan vs team
Ini kawan aku..
aku kenal sejak 1999.. berapa tahun dah tu ah?
aku ni tak memilih kawan, semua orang boleh jadi kawan tapi kalau nak yang selesa macam budak-budak ni susahla..
kawan-kawan ni adalah kawan yang taklah contact selalu tapi bila berjumpa masih macam dulu.. macam tahun 1999. tak kekok. Terima baik buruk. cakap lepas pun ok sajork. semua dah boleh menerima masing-masing. perbezaan pendapat, perangai dan politik tu tak berkesan kalau semua ni berjumpa. yang ada cakap-cakap kosong untuk kegembiraan dan keeratan diri..
Aku suka dan sayang semua ni.. sayang sangat- sangat. Mungkin sebab tu aku susah nak rapat dengan orang lain macam aku rapat dengan diorang ni. Jumpa kawan baru tapi kawan lama ni paling bertakhta di hati.
Kurang seorang je, arwah Nur Ain.. Al-fatihah...rindu dia :(
ini kami semua
Kawan aku yang kenal dari sekolah menengah ting 1.
sampai sekarang. tak berubah sangat pun. masih lagi macam dulu. yang tudung biru tu bawa budak bukan anak dia. dia belum kawin. itu anak yang tudung pink depan sekali ni. Dia sorang je yang dah kawin. Yang lain bujang trang tang tang.
*tetiba rindu semua orang. huhuhuhuhu
yang kat bawah ni pulak team aku.. opposite kat atas tu..
semua lain2 kepala. lain pendapat bergaduh2. boleh macam tu? hahahaha. biasalah time kerja tapi bila makan semua buang ego makan bersama. makanan adalah penyatu pekerja.. hahahahah
*lapar


Comments