Angan-angan
Aku suka berangan-angan, terutama sebelum tidur atau tengah dengar lagu. lebih-lebih kalau lagu tu sedih . Memang fikiran akan melayang, fikir macam-macam. Contohnya bile aku dengar lagu yang best gila tapi ramai orang tak tahu lagu tu or tak di hargai. Aku jadi sakit hari dan berharap lagu tu orang femes yang nyanyikan . Biar semua orang tahu yang lagu tu sangat best.
Begitu juga dengan artis yang kurang femes, lagu diorang best tapi orang tak nak pandang, maybe sebab tak cantik or tak hensem. mungkin juga sebab lagu tu bukan genre yang IN.Aku berangan-angan group ni jadi sangat hebat, nyanyi lagu yang sangat best and perform di pentas yang sangat hebat. Biar orang tahu diorang ni sangat best.
Begitu angan-angan aku, pelbagai bentuk. Kalau berangan-angan kaya nak pergi sana-sini tu memang selalu sangat. memang angan-angan orang tak de duit tu biasa.
Kalau aku sakit hati dengan isu politik pula, aku berangan-angan negara ni jadi negara autokratik. biar semua orang tak bebas menghentam atau menulis mana-mana. Lagi aku suka. Apa guna nak kebebasan itu ini kalau keamanan berkurang. Nak hak bersuara sangat, tak bila bersuara cakap merapu buat apa. Gitu aku geram kadang-kadang. Lagipun manusia ni mana nak faham logic dan bersedia menerima pendapat. Manusia susah nak jadi macam tu. Aku pun tak tahu negara demokratik mana yang aman damai. Angan-angan sajaaaa..
lagu ni sangat-sangat best atau aku ja yang suka.. hahahahah
Comments