tetiba

aku bosan ni, tak tahu nak buat apa. hahaha so aku pun terfikir nak tulis balik dalam blog ni. nak tulis apa pun aku tak tahu sebenarnya. 

hidup aku macam biasa ja sekarang ni, banyak duduk rumah, berjalan tu jarang sebab tak da geng dah kot,

btw aku dah kat terengganu ni, hidup sini dan menetap sini. aku rasa selamanya. aku rindu duduk bangi, aku suka sana. Harap-harap lepas 5 tahun ke aku akan duduk balik sana. Manalah tahu kan.

Aku tak tahu nak buat apa dengan hidup aku. sekarang ni dah tahun 2015, bermaksud aku 29 tahun. bolehkah aku cakap kalau ku tak tahu apa nak buat dengan hidup aku. aku tak de perancangan nak buat apa.

aku hidup bangun pagi dan jalani hari-hari sampai aku tidur balik. nak cakap aku rasa kosong tak juga. Just hidup aku jadi simple. berkisar dengan aku, husband and kucing. Macam tu je hari-hari.

end of this month aku akan balik sabah, lama tak balik sana. sambil-sambil tu ingat nak g Brunei la. Rindu pula pegi sana. Drive jala. road trip dengan kawan-kawan best juga.

aku excited ni nak balik. hahaha. aku happy, kakak aku yang dah kawen, berapa lama ah.. 8 tahun kot baru dapat anak. so aku happy nak balik, nak tengok nephew. tapi diorang duduk sandakan,so aku kena pegi sanalah. 

Aku tak da perancangan lagi macam mana nak pegi sandakan and brunei dalam masa seminggu maybe. rushingla

tapi aku nak pegi juga, lepas tu aku nak snorkeling kejap dekat kampung aku. Di usukan cove. 


                                                          aku amik pic ni d google ja.

aku nak snorkeling sini satu hari, dekat ja dari rumah pun. dalam 10-15 minit. so yang ni tak yah perancangan sangat.

Kalau banyak masa, aku nak pegi kudat jugalah. Hahahahahahah. banyaknya tempat nak pergi tapi yang confirm pegi brunei, sandakan and snorkeling sini.

sekarang ni Monsoon, so nak pergi pulau di ganu ni tak bolehla. Aku nak tunggu bulan depan or mac, bolehlah berjimba ke pulau.

Rindu nak p jalan-jalan sebenarnya ni..

hiks

Comments

Popular posts from this blog

Reunion 24-26 dec (part 2)

SMK Abdul Rahim (2)