32 Tahun

Hari ni aku tiba-tiba teringat zaman 20-an. Zaman tidur jam 4 pagi tu menjadi perkara biasa. Bila aku ingat dari umur 20 tahun keatas, pengalaman hidup jadi samar-samar. Aku cuba ingat apa yang buat umur- umur begini, tiada yang aku ingat kecuali pengalaman di tempat asing, pelbagai jenis kerja, pelbagai jenis orang yang ditemui. Ada yang kekal, ada yang seperti angin menghembus lalu.

Pengalaman yang paling menakutkan ialah semasa kemalangan kereta tahun 2009. hujung tahun, orang nak sambut 31 December aku duduk kesakitan di rumah. itu pengalaman yang kekal.

Selain itu, tiada yang kekal dalam ingatan. Mungkin zaman belajar di UMS juga jadi pengalaman yang masih diingati tapi tidak begitu kekal di ingatan. 

Bagi aku kenangan yang paling kekal ialah zaman sekolah menengah dari tingkatan 1 sampai 6 atas. Zaman ini zaman paling gembira dalam hidup aku. Zaman yang aku tidak akan lupakan. Kawan-kawan rapat sekarang pun hampir 99 peratus kenal zaman sekolah ni. Semuanya kekal, mungkin zaman ni semua yang berkawan ikhlas tanpa niat tersembunyi.

Zaman Universiti pun ada kawan yang yang masih baik sampai sekarang, cuma tidak seramai zaman di sekolah menengah.

Makin aku ingat, makin aku rindu.


Comments

Popular posts from this blog

Reunion 24-26 dec (part 2)

SMK Abdul Rahim (2)