Happy Birthday
Hari ni hari jadi yang ke 32 tahun hidup atas muka bumi. Perasaan? Ermm biasa je. Tak ada yang menarik berlaku. Hanya rutin seharian saja. Pergi kerja, lunch balik, dinner tidur, Tu je hari-hari. Sedikit terkilan juga sebab tak dapat special apa-apa dari S/O. Tapi dah tahun-tahun pun macam tu. Dah biasa dah kot.
Tapi sedih juga, macam tak capai apa-apa pun dalam hidup ni, Rasa gembira dan bahagia tu ada tapi hari ni kurang gembira sebab banyak berfikir tentang pencapaian. Juga berfikir tentang penyesalan. Kalaulah...
Benda kalau ni bila dah start, semua pun rasa menyesal itu ini. Patut di elakkan, tapi itulah syaitan kot menghasut suruh fikir juga benda-benda macam ni. Tapi kan, kadang-kadang kesian dengan syaitan juga kan sebab asal diri buat salah mesti salahkan syaitan. Ke memang salah syaitan?
Mahu juga sambutan birthday macam dulu-dulu sebelum kahwin. Special sikit, sekarang ni tak ada dah special. Macam hari biasa. Aku harap tahun ni aku dapat baby. Aminnn. Berusaha dan berdoa la kan.
Comments