Menulis lagi
Aku cuba untuk kembali menulis sini, mungkin rindu atau mencari aktiviti yang berguna selain tidur, menonton rancangan korea dan jepun , juga makan. Aku perlu sesuatu untuk meluahkan apa yang aku rasa dalam hidup aku seharian.
Setelah berkahwin hampir 5 tahun, aku masih belum dikurniakan anak. Benda ini buat aku semakin sedih. sekarang masih meneruskan rawatan dari pihak hospital yang mana aku disahkan PCOS. Baru sebentar tadi aku berjumpa doctor. Masih belum sesuai untuk meneruskan IUI kerana dinding rahim masih nipis. Juga, masih kurang subur.
Entah kenapa hari ini aku sangat sedih, setelah berjumpa doctor, aku menangis semahunya. Tapi aku akan kekal tabah untuk melalui semua ini. Aku pasti rezeki akan datang juga.
Terima kasih kerana aku mendapat pasangan yang memahami hati dan matang. Aku gembira untuk ini. Rasa bersyukur yang sangat mendalam. Mungkin rezeki kami akan datang tidak lama lagi.
kerja sekarang masih menarik dan boleh membuatkan aku bekerja dengan baik. Cuma ada sedikit cabaran di sana sini. Mungkin aku akan kekal bekerja di syarikat ini. Hampir 3 tahun aku masih bekerja dengan gembira. \
Comments