Ready Player One Review

Hari ni nak review pasal movie yang aku baru habis tonton ni tadi.Mungkin aku bias sikit kot sebab director dia fav aku, Steven Spielberg. Movie ni mengisahkan tentang zaman yang banyak bergantung dengan kehidupan maya kerana keadaan hidup di alam realiti yang sangat sukar. Latar masa dalam cerita ini ialah masa hadapan di mana manausia  atau orang yang berkuasa berhenti untuk cuba menyelesaikan masalah, sebaliknya hanya berusaha untuk terus hidup. 

90% cerita ini berlaku di dalam alam maya iaitu sebuah VR games yang di panggil OASIS. Dimana, hidup yang lebih baik, lebih aksi dan semuanya lebih dari dunia realiti. Di permulaan movie pun sudah menunjukkan yang cerita ini bukan cerita fiction biasa yang aku tonton. Sampai terfikir, macam manalah pengarah cerita ni boleh berfikir di luar kotak begini.

Banyak watak superhero juga yang digunakan di dalam cerita ini. Juga wujud pelbagai rasa apabila menonton, banyak lucu, kemudian aksi, sedih dan gembira. Setakat ini, movie inilah yang paling baik dikeluarkan tahun ini

Aku bagi 4.5/5 

sebab aku rasa best sangat. Aku bukan per review (adakah imbuhan guna macam tu ah?)  yang baik tapi movie ini memang best dan menarik. Aku biasanya akan berpandukan RT sebelum menonton sesuatu cerita, tapi kali ini aku tonton setelah menonton trailer.

So sila tonton. ya!!!


Comments

Popular posts from this blog

Reunion 24-26 dec (part 2)

SMK Abdul Rahim (2)