Cola

Aku ada seekor kucing nama Cola.Dulu nama dia bukan Cola, tapi winnie. lupa sikit dah. ke winky?. Antara dua tu la. Aku kenal dia ni dari 2012 mcm tu, asalnya bukan kucing aku pun tapi kucing kawan baik aku, oleh sebab kawan aku tu nak pindah sabah for good, dia bagilah Cola ni.

Cola pernah ada dua ekor anak, Abu dan Utih, tapi menurut kawan aku, Abu ni dah kena curi masa kecil. Anak Cola si Utih dan ayah Utih ni kawan aku bagi kat seorang lagi. So, aku maik Cola saja. Actually menyesal juga tak minta dua2 sebab Cola jadi sangat lonely masa mula-mula stay dengan aku.

Yang bagi nama Cola ni husband aku lepas dia tengok movie Lake house yang korean version. Nama anjing dalam cerita tu Cola.

Oleh sebab Cola mengawan setiap dua minggu, terpaksa mandulkan dia sebab kalau tak kena bawa dia cari kucing lain. lagipun kesian tengok dia meraung setiap hari. Orang kata bila kucing dah di mandulkan akan gemuk dan manja. Cola lepas mandul jadi berisi sikit tapi tak manja langsung. Sama gak perangai macam dulu. Pose2 Diva.

Sekarang dah jaga cola hampir 4 tahun lebih, sayang sangat dekat dia. Hari tu dia demam rasa tak keruan, tak boleh nak tidur, malam tu juga cari vet untuk ubat dia. Nasib baik lepas tu dia sihat.

Paling tak tahan perangai dia, jam 4:30 pagi tu mengiau2 dah bangunkan orang. dia bising kat telinga pula tu. Terus menusuk ke dalam otak. Perangai dia tak manja sangat tapi manja sikit, kecomelan bertambah setiap hari. 

Yang bahayanya dia ni, dia tak suka wet food, dia makan sejenis je makanan. yang lain tak suka, makanan manusia ni dia langsung tak minat. Pelik sungguh la, takut gigi dia lama-lama tak tahan. Sebab makan makanan keras.

Apapun moga Cola sentiasa sihat, tetiba tulis pasal cola ni sebab dia ada tidur sebelah ni. Rasa comel sangat

Inilah Cola




Comments

Popular posts from this blog

Reunion 24-26 dec (part 2)

SMK Abdul Rahim (2)