Posts

impian tahun 2012

AKU NAK PANJAT GUNUNG KINABALU!! iya itu impian pertama aku. aku nak panjat gunung. mungkin dalam bulan august. so aku kena bersenam dari sekarang untuk keep fit semasa mendaki nanti. aku selama ni tak de niat nak daki sebab bakal mendatangkan keletihan .. TETAPI.. setelah menonton passage to malaysia dalam channel 707. aku teringin nak daki. cantik gila kat atas. kalau dapat ambik gambar mesti best. tapi kalau masa aku mendaki berkabus , how? *nanges tapi aku nak jugaaaakkkk lepas tu impian aku jugak, aku nak kerja lain. kerja yang tetap. so bolehla aku bagi commitment yang tidak berbelah bagi. Cheewah!! itu je kot impian aku. motipla sikit kan? nanti aku fikir lagi apa aku nak.. 

sangat gembira

dengan kegemaran aku yang suka menonton TV. aku telah mengambil keputusan untuk menggunakan astro. jadi sekarang? aku adalah menatap TV 24jam.. matila kontrak keja sini dah nak habis baru nak pasang astro bagai. nanti berhenti susah lagi nak angkut sana sini. haha apa apa pun.. SAYA SANGAT GEMBIRA kerana dapat menatap channel yang diminati.  dan? yey boleh menonton movies tanpa batasan :)

mulakan hari..

Image
aku dah di sini. balik ke negara orang dan mula bekerja sebagai kuli harian. aku x juga stress, excited pun tidak sebab dah biasa kot. sedar tak sedar dah dua tahun dah aku kat sini. so how? aku dah nak habis kontrak sebenarnya. lepas ni boleh balik kampung tolong orang kampung cat rumah masing2. haha. aku nak kerja apa lepas ni? semua aku belum plan. how?  aku sebenarnya tak sedar dah dua tahun aku di sini. gila cepatnya masa. aku suka kerja begini , aku tak stress, x de politik kerja, tak de orang menggila nak jadi bos tanpa kawalan. semua ok. tapi sampai bila aku nak kerja sini kan. plus, bosan gile kerja sini.  so aku bertekad untuk mengapply kerja mulai hari ini. sebenarnya aku tak sure bila kontrak aku nak habis. ikut perkiraan aku bulan may tahun ni. dalam pas kerja aku pulak bulan august. nantilah aku tanya bos macam mana. malas pula aku fikir nak tukar ,kerja. mesti bos aku offer nak sambung kontrak, itulah masalah. cubalah x de kontrak so aku boleh pergi sesuka su...

tak nak balik sana boleh?

sok dah nak balik brunei, haih malasnya nak bayangkan balik sana. bolehkah malas? malas nak bangun pagi kerja, malas nak stress pasal kerja, malas nak masak bila lapar dan malas nak cuci baju. boleh? kan best selamanya begini. tapi mesti jadi pengemis masa tu sebab malas nak kerja, tapi nak pulak makan kan? celaka la perut ni. nakla juga lapar2.. hiks

Pelik dengan diri

Aku dah yakin dengan siapa aku nak dan apa yang aku mahu. Aku dah betul2 tetapkan apa yang aku perlukan dan inginkan. Sepatutnya tidak timbul masalah kekeliruan dengan kehendak hati. Jika di fikir2 hanya dia yang aku mahu. Bukan orang lain. Aku hanya boleh membayangkan hidup dengannya. Aku sedia menerima kekurangannya. Segalanya aku terima. Tapi kenapa kadang2 hati ini bertanya dan keliru. Ini bukan soal orang ketiga sebab aku tetapkan dengan siapa aku nak hidup. Unsur orang ketiga hanyalah anasir kecil yang boleh dihapuskan. Cuma hati kadang2 bertanya jika dialah yang tercipta.. Mungkin duduk sendiri dan termenung membuatkan fikiran melayang jauh dan berfikir melebihi yang sepatutnya. Sent from my iPhone

piccas 1

Image

maya dan nyata

Image
di alam maya semuanya indah, setiap huruf yang ditaip boleh mengubah pandangan seseorang terhadap kita dan setiap yang digambarkan membawa maksud yang boleh dinilai hanya dengan penulisan atau gambaran. di alam maya kita boleh bertemu dengan pelbagai jenis manusia. yang menyakitkan hati, yang gebang terlebih, yang membawa bahagia, yang membawa derita atau yang memahami jiwa. semuanya melalui alam maya. alam yang membolehkan kita menjadi sesiapa  yang kita ingini.  berkawan melalui alam maya memang sangat meyakinkan. boleh membuat hati kita berdebar, boleh membuat hati kita jatuh cinta, boleh membuatkan kita membenci dengan gaya penulisan yang kasar.. mungkin. juga boleh membuat kita berfikir dan terpengaruh. cara seseorang ketika berhubung dalam alam maya juga merupakan faktor yang mengikat kenapa kita terpengaruh dan menyukai hingga membenci seseorang. tidak keterlaluan jika cinta juga terjalin di alam maya.  tapi.. adakah yang nyata seperti mana yang otak kita...