Posts

Revolusi aiskrim dalam sejarah aku sendiri.

Masa aku kecik, keluarga aku dalam kategori keluarga miskin tegar. *matila.. Kenapa aku katakan miskin tegar? Membesar dengan nasi berlauk minyak dan garam dowh. Of cos la tegar bertagar. Dah tu aku menyusu pun air dan gula sajork. Haruslah keji hidup ketika itu. Nak makan aiskrim ni macam boleh di samakan dengan dpt emas. Apa tidaknya, peti sejuk tu nan ado. Owh ya, hidup aku kira senang sikit banding adik beradik yang lain sebab masa aku dah ada, aku mandi guna pam enjin. Before aku semua mandi perigi. Cerita lagi pasal eskrim. Aku tahu aiskrim ni masa aku umur 7 tahun kot. Ada jual aiskrim yang dalam plastik panjang tu. Sepuluh sen yang pendek. 20 sen yg panjang. Selalu ada milo dan nestum. Kalau yang buat pekat memang sedapla. Masa ni dapat makan aiskrim sebab ada parents kawan2 yang belanja.. Sedapppp... Lepas tu sekolah pulak bagi susu setiap hari isnin, rabu and jumaat. Aku dah jadi pengawas sejak umur 9 tahun sampai 12 tahun. So ada extra susu. Kalau isnin susu putih, rabu stra...

Tak puas hati

Aku ni sekarang dah jadikan blog ni tempat meluah rasa. Kenapala aku sakit hati dengan bos bos ni. Haiya.. Sakit kepala otak aku. Macam nak buat aku berhenti je. Kang aku lari .. Baru tau.. Dahlah suka suki bagi kerja tak de kena mengena Sekarang ni suka suki je nak halau2 dari opis. Owh baik aku duduk rumah je tak kerja. Tapi kalau tak masuk opis ada pula yang cari. Motipla bos saiko. Mungkin dah nyanyuk. Cis... Owh ya.. Hari ni org gila sms aku tiba2. Motipla suka hilang lepas tu datang sms .. Dahla tu, masa tak sesuai sangat... Pelik.. Aku duduk rumah seharian hari ni sebab aku malas nak masuk opis. Aku memang kalau boleh tak nak masuk sanah dah.. Buat opis sendiri di rumah.. Lalalalaalla ;) Aku tak stress juga.. Happy sebab boleh berehat dan tidur tanpa gangguan.. Bos number 2 pun tak boleh bising sebab bos number 1 nak guna opis sendirian katanya... Yey yey... Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Seharian

Aku hari ni kerja.. Sampai jam 1 je la.. Then lepas tu pegi makan.. Makan nasik katok,cucur .. Kenyang dowh.. Lepas tu aku tidur sampai jam 6. Matilah dah nak maghrib baru bangun.. Sangat teruk.. Owh ya, aku sebenarnya marah dengan bos ni. Dia suka suka je suruh aku buat kerja yang bukan kerja aku. Lepas tu stingy nak mampus. Gila kan. Stress aku. Contohnya aircond.. Kan dah panas gila, haruslah aku on aircond berejam jam di kelas.. Boleh pulak dia bising.. Hello, dia lainlah.. Tak de kipas and aircond pun boleh. Tapi bau tengik kot.. EuWww.. Geli okeh.. Tak tahan.. Sekarang malas layan dia. Dia soal 3 patah, aku jawab setengah patah or tak jawab lansung. Biarlahhhhhh Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kisah si budak sakit.

Image
Aku kenal budak ni tahun 2010. Mula-mula jumpa dia, kami langsung tak bercakap..just smile and staring. Yes aku terkejut tengok dia sebab di umur 10 tahun, dia mempunyai perut yang besar. Melihat mukanya yang pucat buat aku berfikir bahawa dia sakit. Dia memakai bandana di kepala menyembunyikan rambutnya yang gugur. Itu hanya pertemuan pertama. Tahun 2011, aku semakin rapat dengannya, mendengar kisahnya menjalani rawatan chemo. Dia tidak pernah mengeluh atau mengadu sakit. Dia tabah.. Kami semakin rapat, tapi hanya berbual beberapa patah setiap kali berjumpa.. Ada sekali dia tidak muncul berminggu, aku mendapat tahu.. Dia semakin teruk sehingga berputus asa dan hanya ingin berehat di rumah.. Tahun ini dia muncul kembali... Nampak bersemangat dan ingin terus menjalani rawatan kerana buku ini

Bosan

Aku bosan dengan hujung minggu. Aku tak suka hujung minggu. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Rak Tv

Image
tengokla rak tv aku yang hidup segan mati tak mahu ni. macam sekali je aku tolak boleh jatuh tersungkur. dahlah tak kuat, aku pula semngat letak semua dalam ni. haha sebelum ni aku letak barang2 ni atas meja. tapi bercampur dengan buku-buku so tak manis rasanya.. sebab mereka bukan muhrim. so aku beli rak yang pasang sendiri ni.. hazab okeh.. even nampak simple.. keji. menyesal pun ada. tapi apa boleh buat. pasang sajalah. so dah siap, tak percayalah. banyak yang terbalik ni. itulah aku letak black and white. hahaha bye

Proses Pewangian

Image
Hari ini tiba –tiba segar semacam sebab cukup tidur sejak semalam. so aku ambil keputusan nak jalan-jalan pusing mall lepas makan. masa pusing-pusing tu ternampak banyak lilin yang wangi-wangi. terus aku teringin nak beli sebijik.. letak dalam bilik supaya wangi lerr… ini aku letak tengah-tengah bilik. Kuat bau dia.. aku pilih lavender.. untuk menenangkan minda. tapi mata aku pun ikut kuyu dowh.. mengantuk lepas tercium Ini brand lilin yang aku beli tu.. sedap bau.. rasa nak tidur sepanjang hari. matila pembawaan ion negatif jadinya