Posts

kawan vs team

Image
Ini kawan aku..  aku kenal sejak 1999.. berapa tahun dah tu ah? aku ni tak memilih kawan, semua orang boleh jadi kawan tapi kalau nak yang selesa macam budak-budak ni susahla..  kawan-kawan ni adalah kawan yang taklah contact selalu tapi bila berjumpa masih macam dulu.. macam tahun 1999. tak kekok. Terima baik buruk. cakap lepas pun ok sajork. semua dah boleh menerima masing-masing. perbezaan pendapat, perangai dan politik tu tak berkesan kalau semua ni berjumpa. yang ada cakap-cakap kosong untuk kegembiraan dan keeratan diri.. Aku suka dan sayang semua ni.. sayang sangat- sangat. Mungkin sebab tu aku susah nak rapat dengan orang lain macam aku rapat dengan diorang ni. Jumpa kawan baru tapi kawan lama ni paling bertakhta di hati. Kurang seorang je, arwah Nur Ain.. Al-fatihah...rindu dia :( ini kami semua Kawan aku yang kenal dari sekolah menengah ting 1.  sampai sekarang. tak berubah sangat pun. masih lagi macam dulu. yang tudung biru ...

review philips epilator HP6520

Image
aku nak bagi review pasal epilator ni.. sebab aku suka sangat. so aku nak cakap benda yang baik2 pasal benda alah ni.. tahu tak apa epilator ni? ala pencabut bulu la.. elektronikla .. bukan yang manual tu. kalau manual tu kita nak cabut bulu ketiak sebelah. yang sebelah dah berpeluh.. alih2.. amik pencukur .. zassss sekali cantas.. tapi cepat tumbuh.. so tak menariklah.. benda tweezer electronic ni bagus untuk kegunaan yang sebeginilah.. untuk kaki, ketiak. di sana-sana dan banyak lagi. biasa kita akan wax saja kan. tp wax dia boleh menyebabkan radang  atau bulu tu tumbuh balik di bawah permukaan kulit. tapi dengan epilator ni, semua tu tak de lagi.. ni muka epilator ni.. dia ada banyak version. tapi yang aku beli ni HP6520 gelap pula gambar ni.. kurang kualiti.. tak apalah.. badan dia yang warna purple tu.. tula tweezer.. dia akan cabut bulu2 mcm manual juga tp lebih cepat dan banyak. so taklah rasa sakit sangat. cara pegang dia pun, warna purple...

Mencari

Image
aku sebenarnya sudah bosan dengan kerja aku sekarang ni. sebab aku rasa ala-ala je. Ntahlah, rasa tak puas hati pun ada rasa sakit hati setiap hari pun ada aku tak de masalah dengan kerja ni, cuma system management ni kureang sikit. kot? system penilaian untuk increment and bonus pun sucks aku tak puas hati sangat2. LIKE WTF!!! gituh.. sampai aku tak de mood nak kerja. iyalah, aku nak kerja untuk diri aku dan duit. tipulah aku cakap aku na kerja sebab nak pengalaman je aku nak duit! tak cukup ni matilah demand setelah 6 bulan bekerjah!. hahahahahahahah begitulah cerita kerja aku.. Now aku nak kerja je. no kawan-kawan di opis datang kerja then balik so that kalau nak berhenti senang. tak de aku rasa bersalah tinggalkan kerja aku dalam proses mencari kerja la ni.. job hunting begin...... aku nak gov... tapi macam susah jeeeeeee... begitu muka serabai....

Shit Happens

aku ni kan banyak problem datang semenjak dua menjak ni. so kawan aku share benda ni dengan aku. aku rasa lucu.. tp mungkin sestengah orang akan rasa offended .. tapi sekadar nak share.. ada betul nya juga tapi banyak nonsense nya.. boleh buat senyum juga lepas bersedih panjang SHIT HAPPENS in various world religions ---------------------------- Taoism: Shit happens. If you can shit, it isn't shit. Shit happens, so flow with it. Hare Krishna: Shit Happens, Rama Rama Ding Ding. She-it happens, She-it happens, happens, happens, she-it, she-it... (Repeat until you become one with she-it) Please this flower and buy our shit. Confucianism: Confucious say, "Shit happens". Confucious says, "If shit has to happen, let it happen PROPERLY." Buddhism: ...

Pindah

Image
Aku pindah rumah sabtu ni.. tapi hari ni keluar.. sebelum tu kena merempatlah mana2 yang mampu kan. aku bakal pindah ke tempat yang dekat je, ada di hujung sana. mungkin tempat ni lagi best sebab semua pun bujang. rules and regulation juga ada. so bestlah juga. taklah stress dan tak puas hati. kalau tak puas hati aku biasa berlalu pergi saja.. kalau yang ni tak ok, pindah juga. hiks nasib yang ni fully furnished juga. so aku hanya angkut baju-baju saja. tak payah nak susah2 beli itu ini. sewa pun murah. jauh lebih murah. aku tengok hari tu pun rumah ok je tak de problem. so hari ni kena kemas apa yang patut la. aku suka lagu bruno mars ni.. best.. sedih juga sikit je la

bersalah

Aku banyak buat salah. paling parah kalau kesalahan aku tu menyebabkan masalah lagi di kemudian hari. masalah yang timbul tu pun cepat je sampai aku ni jenis tak fikir panjang. Aku malas fikir, tapi sebab aku malas fikirlah masalah selalu datang bertandang. menyesal pun tak berguna hati je rasa sedih dan bersalah mulut pun tak tahu nak cakap apa hanya diam membatu aku tak tahu nak rectify masalah yang tak boleh nak diundur aku kecewa dengan diri sendiri banyak kali masa aku sedih dan kecewa, orang yang aku harap tenangkan aku pun kadang2 bosan dah nak tenangkan sebab memang salah aku. banyak kali begini aku nak kata apa pun tak mampu pendek akal kan.. ikut hati sangat sekarang aku rasa down, aku rasa sendiri saja. :(

Aku nak...

Image
Aku nak try la bungee jumping. di sunway lagoon sana. Macam best je kan.. lagi pun if terjun, kat bawah air.. (matila dah nama sunway lagoon kan) ada kawan aku dah buat . dia cakap best.. cuma ting tong je lah kalau dah terjun tu.. then kalau takut nak terjun mcm mana. baik berserah je.. ala2 terjun mcm bunuh diri tu.. lepas tu dia ckp mcm jantung jatuh kat bawah.. then bila dah terjun and tali meregang dan naik balik ke atas rasanya sangat bestttt.. so aku ni tengah excited ni... takut pun takut juga. tapi nak try sangat. nak rasa jantung nak jatuh tu.. hahha aku try boomerang ni di bukit merah hari tu.. best aku suka... even rasa macam terjun.. dan jantung jatuh berkali2... aku nak try yang lagi tinggi.. lagi scary.. tapi takut juga terbalik dan melantun keluar.. how? bungee jumping tu selamat lg rasanya... aku rasa nak buat next monthlaaaa.. p/s: pic tu aku google